5 Tanda Anda Telah Membosankan Isteri Anda Di Ranjang


- 6 Sep 16
View 4,870 : Today 1
hangatkan hubungan

Keghairahan itu akan pudar seiring dengan masa – tidak kira bagaiana terujanya si dia kelihatan ketika kali pertama anda tidur bersama.

Advertisement

Namun begitu kekurangan dalam keterujaan si dia untuk melakukannya bersama anda tidak sama sekali menterjemahkan kebosanan si dia di dalam bilik tidur. Walaupun anda tidak terlalu bernafsu pada si dia, namun anda masih inginkan dirinya lagi.

Awasi kelima-lima tanda berikut untuk memastikan bahawa si dia benar-benar sudah tidak berminat dengan urusan bilik tidur dengan anda.

tidur waktu berlainan

1. Tidur Pada Waktu Yang Berlainan

Mungkin si dia tidak berminat dengan rancangan yang anda tonton. Namun sebenarnya ada sebab lain mengapa si dia cuba untuk masuk tidur awal – untuk mengelakkan hubungan intim dengan anda.

Anda boleh cuba menggodanya terlebih dahulu untuk membangkitkan keghairahan si dia semula kerana mungkin si dia penat hendak menunggu anda untuk memulakan langkah tersebut.

tak kisahkan suami

2. Enggan Bertukar Posisi Ketika Seks

Masalah terbesar adalah apabila si dia lebih menyukai posisi seks yang memudahkan anda cepat terpancut. Dia mahukan sesi tersebut tamat secepat mungkin.

Anda boleh menaikkan mood si dia dengan memberikan stimulasi pada klitoris si dia seperti menggunakan vibrator sambil anda menusuk si dia. Ataupuncuba ajar si dia untuk melakukan hubungan intim secara berdiri.

elak oral

3. Apabila Anda Ingin Memberikan Oral, Dia Menolak

Menolak untuk menerima oral seks daripada anda dah menjadi satu hal. Tapi menolak untuk keseronokan dirinya sendiri? Ini petanda yang sangat tidak baik.

Jika si dia sudah tidak lagi menghargai saat-saat mengghairahkan seperti itu bermaksud hubungan anda dengan si dia sudah mulai bertukar menjadi dingin.

minta habis cepat

4. Bertanya Jika Anda Sudah Selesai

Dalam erti kata lain, anda mengambil masa yang terlalu lama, dia mahu selesaikannya serta merta. Ramai lelaki yang berpendapat wanita sukakan hubungan intim yang lama, salah tanggapan anda itu.

Anda boleh cuba untuk memandang tepat pada matanya. Pandang si dia dengan renungan berahi untuk menunjukkan anda benar-benar bernafsu terhadap si dia.

berhubungan ketika lengkap berpakaian

5. Berhubungan Ketika Masih Berpakaian Lengkap

Kadangkala melakukan seks ketika berpakaian lengkap adalah idea yang panas. Namun jika si dia menolak untuk berbogel dengan anda, maka ia menunjukkan kedinginan hubungan antara anda berdua.

Anda boleh menggoda si dia dengan melakukan aksi terlarang “striptease” dengan memujuknya untuk menanggalkan pakaiannya satu persatu untuk anda.Lembutkan si dia dengan pujuk rayu anda.

Advertisement