5 Perkara Megejutkan Yang Membuat Anda Berasa Tidak Selesa Ketika Musim Panas


- 6 Sep 16
View 215 : Today 1
musim panas

Apabila suhu semakin meningkat naik, sudah tentu ia menjadikan anda semakin tidak selesa.

Advertisement

Ada beberapa helah mitos yang dikeluarkan tentang bagaimana cara untuk menyejukkan badan, namun amat sukar untuk memastikan yang mana satu benar-benar berkesan.

Berikut adalah beberapa cara yang benar-benar berkesan dan ada yang tidak juga.

banyak rehat

1. Berehat Sepanjang Hari

Bersenam sememangnya akan meningkatkan suhu badan kita. Apabila kadar degupan jantung meningkat, metabolisma anda memecut dan menyebabkan suhu badan juga meningkat.

Jika anda berada dalam keadaan sihat, tubuh anda dapat berpeluh dengan baik dan menyebabkan anda boleh berasa selesa dengan cuaca panas.

minuman berais

2. Banyak Minum Minuman Berais

Angkat tangan anda jika anda pernah terfikir untuk mendapatkan bir sejuk ataupun teh ais sebagai pelepas haus musim panas ini.

Namun menurut pakar, dalam sesetengah keadaan meminum minuman panas boleh juga membantu.

topi musim panas

3. Memilih Topi Yang Salah

Pernahkah anda mendengar tentang di mana kita boleh kehilangan haba badan sebanyak 70% melalui kepala anda? Maka penggunaan topi yang sesuai boleh membantunya.

Topi yang ringan dan berwarna cerah boleh mengelakkan kepanasan matahari dari terkena terus pada kepala anda.

minuman sukan

4. Mengambil Minuman Sukan Untuk Lebih Hidrasi

Tidak mengambil air dengan banyak boleh membantutkan proses kulit kita berpeluh. Berpeluh adalah senjata utama untuk melawan kepanasan haba.

Anda mungkin fikir pengambilan minuman sukan boleh membantu, tapi hakikatnya meminum air biasa adalah lebih baik untuk anda amalkan.

mandian panas

5. Mengambil Mandian Panas

Jangan risau, anda boleh menggunakan mandian sejuk dan ia tidak akan mengganggu sistem badan anda.

Ini kerana air sejuk cukup berkuasa untuk menurunkan suhu badan anda dan sekaligus menyejukkan anda dengan lebih cepat.

View 215 : Today 1
Advertisement