5 Perkara Buruk Yang Bakal Terjadi Pada Badan Anda Jika Tidur Terlalu Kerap

Tidur yang berkualiti adalah cukup penting untuk kesihatan tubuh anda, bak kata ramai doktor.

Tidak hanya ia boleh membantu anda untuk kekal fokus dan peka sepanjang hari, malah ia boleh caj semula tubuh anda dan memulihkan produktiviti badan. Ia juga cukup baik untuk mengurang risiko penyakit seperti obesiti dan diabetes.

Namun bolehkah kita tidur terlalu lama? Ada yang mengatakan jika kita tidur lebih lama ia menandakan kita mepunyai masalah kesihatan yang tersembunyi.

Berikut adalah beberapa keburukan yang didapati daripada tabiat tidur terlalu kerap.

sakit jantung

1. Risiko Tinggi Untuk Sakit Jantung

Tidur terlalu kerap boleh meningkatkan risiko untuk anda mendapat serangan sakit jantung.

Ini kerana tidur terlalu lama boleh membataskan tubuh anda dari melakukan sebarang aktiviti sosial yang boleh menyumbang kepada kecergasan tubuh anda.

kawalan berat badan

2. Sukar Mengawal Berat Badan

Apa yang diketahui oleh pakar kini, jika kita tidur terlalu kerap dan lama ia boleh menyumbang kepada masalah obesiti.

Salah satu teori yang boleh didebatkan adalah, jika anda tidur terlalu lama anda hanya mempunyai sedikit masa untuk melakukan senaman.

diabetes

3. Anda Mungkin Mendapat Diabetes

Tidur terlalu kerap boleh meningkatkan tahap gula di dalam darah anda sama seperti orang yang kekurangan tidur.

Ini bukanlah perkara baik kerana kadar glukos yang tinggi di dalam darah anda boleh meningkatkan risiko anda mendapat diabetes tahap 2.

messy guy

4. Minda Lebih Berserabut

Adakah anda mempunyai masalah untuk menumpukan perhatian? Salahkan masa anda tidur.

Tidur yang terlalu kronik boleh mempercepatkan penuaan minda dan menyebabkan ia sukar untuk anda melaksanakan sebarang pekerjaan.

mati awal

5. Risiko Untuk Mati Awal

Ia adalah hakikat yang menakutkan namun menurut pakar mereka yang tidur terlalu kerap dan lama boleh menghadapi risiko untuk mati awal.

Tiada siapa yang tahu sebab ia terjadi namun keradangan boleh menjadi sebab utama perkara ini terjadi.