5 Petanda Bahawa Anda Kekurangan Khasiat Vitamin D


- 7 Sep 16
View 843 : Today 1
vitamin d

Anda telah mengambil diet sihat yang secukupnya, ambil tidur yang cukup, bersenam beberapa kali seminggu dan menya;pu krim dengan SPF bagi menangani sebarang cahaya UV.

Advertisement

Anda telah mengambil pilihan yang terbaik di dalam setiap aspek kehidupan anda namun tidak mengendahkan satu isu penting ini boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat sakit jantung dan diabetes.

Kekurangan vitamin D boleh mendatangkan beberapa keburukan dan berikut adalah beberapa tandanya.

peluh dengan banyak

1. Berpeluh Terlalu Banyak

Berpeluh di dahi adalah salah satu petanda anda kekurangan vitamin D.

Jika anda mendapati anda berpeluh terlalu banyak walaupun aktiviti yang anda lakukan biasa-biasa saja, maka anda harus menjalani ujian vitamin D.

lemah lelaki

2. Kelemahan Yang Tak Dijangka

Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan anda berasa terlalu penat kerana vitamin D memberikan lebih kawalan pada otot anda.

Pengambilan vitamin D yang sempurna juga boleh membantu  untuk mengawal kuasa dalam setiap fiber tubuh anda.

tulang patah

3. Patah Tulang

Anda berhenti membina tulang apabila mencapai umur 30-an dan kekurangan vitain D boleh mempercepatkan proses osteoporosis.

Untuk mengelakkannya, seseorang tidak boleh bergantung pada diet sahaja malah anda harus mendapatkan pendedahan kepada cahaya matahari, makanan tertentu dan makanan tambahan.

sakit kronik

4. Sakit Yang Kronik

Kadangkala sedikit namun kebanyakan daripada mereka yang kekurangan khasiat vitamin D akan mengalami kesakitan pada tulang mereka.

Vitamin D yang mencukupi juga boleh membantu memulihkan kesakitan selepas senaman dan mempercepatkan proses pemulihan tersebut.

mood menurun

5. Mood Yang Menurun

Diagnosis masalah kemurungan seringkali dikaitkan dengan kekurangan pengambilan vitamin D.

Ini kerana mineral tersebut berfungsi pada kawasan yang sama dan boleh mempengaruhi perubahan mood seseorang.

Advertisement