4 Tabiat Mengejutkan Yang Menyumbang Pada Diabetes


- 7 Sep 16
View 1,584 : Today 1
diabetes
PantherMedia 906049

Anda makan dengan betul, bersenam dan mengekalkan berat badan yang sihat. Namun sebelum anda berasakan adakah diri anda benar-benar sihat, cuba lihat semula.

Advertisement

Ada kemungkinan anda berisiko untuk mendapat diabetes.

Berikut adalah 4 tabiat yang boleh menyebabkan anda mempunyai kemungkinan yang besar untuk mendapat diabetes.

tidur lewat

1. Tidur Lewat Malam

Mereka yang tidur lewat memiliki lebih risiko untuk mendapat diabetes dari mereka yang masuk tidur awal.

Kualiti tidur yang rendah boleh membantutkan metabolisma anda dan meningkatkan risiko untuk anda menghidapi diabetes.

bakteria baik

2. Kekurangan Bakteria Baik

Meninggalkan makanan yang kaya dengan probiotik – bakteria baik yang tinggal di dalam perut anda – menyebabkan perut anda didiami lebih banyak bakteria buruk.

Ia kemudian boleh menyebabkan kekurangan insulin yang menyebabkan gula terbina secara aktif dalam tubuh.

banyak tonton tv

3. Terlalu Banyak Menonton Televisyen

Menonton televisyen satu jam selepas anda selesai makan malam adalah baik. Namun menonton sepanjang malam boleh menyebabkan anda mengalami masalah kemudian nanti.

Ini kerana anda akan duduk terlalu lama di satu tempat, di mana terlalu banyak duduk boleh menyebabkan terhasilnya lemak pada pinggang anda.

matahari

4. Terlepas Kebaikan Vitamin D

Walaupun anda kini sedang memiliki berat badan yang ideal, ia masih tidak mampu untuk mencegah anda dari menghidapi diabetes.

Kekurangan vitamin D dari kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari boleh menyebabkan anda mendapat diabetes tahap 2.

View 1,584 : Today 1
Advertisement