4 Fakta Saintifik Mengenai Pasangan Yang Benar-Benar Bahagia

Saintis sudah menghabiskan bertahun lamanya untuk mengkaji pasangan bahagia tentang apa yang menyebabkan mereka sehaluan dalam setiap perkara.

Sehingga kini masih belum ada bukti yang benar-benar kukuh berjaya ditemui mengenai bagaimana untuk menjadi pasangan bahagia.

Berikut adalah beberapa fakta yang meyokong ciri-ciri pasangan yang benar-benar bahagia.

hubungan intim

1. Mereka Sibuk Di Bilik Tidur

Ia bukan lagi rahsia mengenai berapa banyak kelebihan yang boleh anda dapati dengan berhubungan intim bersama pasangan anda.

Mereka yang kerap melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka akan berasa 33% lebih bahagia daripada mereka yang tidak.

rakan cinta

2. Mereka Bermula Sebagai Rakan

Senang cerita, kunci kepada sebuah perhubungan yang bahagia adalah bergantung kepada kekuatan sebuah persahabatan.

Pasangan yang berkongsi persahabatan yang mendalam akan mudah berpuas hati dengan perhubungan mereka dalam setiap aspek.

tiada anak

3. Tidak Mempunyai Anak

Memiliki anak-anak bukanlah merupakan tugas yang mudah terutama sekali membesarkan mereka bagi pasangan yang sibuk.

Namun kebanyakan pakar mencadangkan pasangan yang tidak memiliki anak mempunyai tahap kegembiraan yang lebih tinggi dari mereka yang memiliki anak.

minum sama

4. Berkongsi Tabiat Minum Sama

Ia bukan mengenai apa yang anda minum tapi ini adalah tentang berapa gelas yang anda minum yang mempengaruhi hubungan anda.

Pasangan yang tidak mempunyai tabiat minum yang sama mempunyai kemungkinan yang lebih tinggi untuk berpisah.