Apakah Itu Melioidosis?


- 8 Sep 16
View 554 : Today 1

Penyakit melioidosis ialah sejenis penyakit jangkitan bakteria yang jarang belaku yang dikesan di kawasan beriklim tropika, terutamanya di Asia Tenggara, Australia Utara, Afrika Barat dan Amerika Selatan. Penyakit ini disebabkan oleh jangkitan sejenis bakteria Burkholderia pseudomallei yang berada di dalam permukaan air dan tanah. Bakteria ini hidup melata di dalam tanah.

Advertisement

 

meliodosis

Manusia boleh dijangkiti penyakit ini apabila terdedah secara langsung kepada tanah dan sumber air yang tercemar dengan bakteria tersebut. Jangkitan sering berlaku terutamanya sewaktu monsoon atau musim hujan.

Ini mungkin disebabkan air hujan akan membawa bakteria ini ke permukaan tanah. Cara jangkitan ialah melalui saluran pernafasan (inhalation of contaminated dust or water droplets), terminum air tercemar atau melalui luka di kulit.

 

Apakah Gejala Penyakit Ini?

image

Anggaran masa pengeraman (incubation period) iaitu tempuh dari masa terdedah sehingga timbul gejala adalah di antara 2 hingga 7 hari. Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja yang terdedah tetapi golongan yang lebih berisiko tinggi ialah mereka yang mengidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit hati, sakit buah pinggang, thalassemia, kanser atau lain‐lain keadaan daya tahan badan (imuniti) yang rendah.

Penyakit ini menunjukkan pelbagai gejala klinikal. Seseorang yang dijangkiti bakteria ini berkemungkinan:

  • tidak menunjukkan apa‐apa simptom (asymptomatic), atau
  • menunjukkan beberapa simptom dan gejala jangkitan seperti;
  • Tanda‐tanda jangkitan setempat (acute or localized infection) – jangkitan melalui luka pada kulit selalunya menyebabkan ulser, bonjolan (nodul), atau bernanah pada kulit, demam dan sakit otot.

 

graphic

Tanda‐tanda jangkitan paru‐paru yang akut (acute pulmonary infection) – seperti; demam yang tinggi, batuk, sakit dada, sakit kepala, tiada selera makan dan bisa seluruh badan (general muscle soreness).

Tanda‐tanda jangkitan salur darah yang akut (acute bloodstream infection) – ianya biasa berlaku
kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik (kencing manis dan kegagalan buah pinggang) seperti demam, sakit kepala, sesak nafas, sakit perut, sakit sendi dan otot, dan kecelaruan masa dan tempat (disorientation).

Tanda‐tanda jangkitan menyeluruh (disseminated melioidosis) – melibatkan belakunya pernanahan pada pelbagai organ badan (hati, paru‐paru, limpa, prostat, sendi, tulang dan otak), demam, kehilangan berat badan yang ketara, sakit perut, sakit dada, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala serta sawan.

 

Bagaimana Jangkitan ini disahkan?

christian18761-fig2_

Jangkitan Melioidosis boleh disahkan melalui:

  • Penemuan bakteria Burkholderia pseudomallei melalui kultur sampel darah, air kencing, kahak, atau luka di kulit, atau nanah.
  • Penemuan antigen bakteria dalam ujian serologi darah.

 

Adakah Penyakit Ini Boleh Dirawat?

melioidosis-25-728

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu. Rawatan awal dengan antibiotik adalah perlu bagi mengelakkan pesakit, terutama bagi mereka yang terdiri daripada golongan berisiko, mendapat jangkitan yang lebih teruk dan menggelakkan dari kematian.

Buat masa ini tidak ada ubat yang boleh digunakan sebagai profilaksis, iaitu untuk menggelakkan dari mendapat jangkitan tersebut.

 

Apakah Langkah-langkah Pencegahan danKawalan Yang Boleh Diambil

melioidoz1

Buat masa ini tiada vaksin untuk pencegahan jangkitan melioidosis. Di antara langkah‐langkah kawalan yang boleh diambil ialah:

  • Mengelak pendedahan kepada tanah dan sumber air yang tercemar terutamanya mereka yang mempunyai luka pada permukaan kulit dan mempunyai penyakit kronik penyakit seperti kencing manis dan sakit buah pinggang.
  • Pengunaan kasut kalisair bagi mereka yang terlibat dengan kerja‐kerja yang terdedah kepada sumber tercemar di tanah dan air. Jika terdapat sebarang luka pada anggota badan, cuci dan balut dengan sempurna.
  • Segera mendapatkan rawatan jika mempunyai tanda‐tanda penyakit bagi mereka yang terdedah.
View 554 : Today 1
Advertisement