4 Aftershave Terbaik Yang Sesuai Dalam Pelbagai Keadaan

Memiliki pencukuran yang berkesan segalanya adalah mengenai apakah yang anda gunakan selepas itu.

Walaupun anda sudah selesai bercukur, ia tidak akan lengkap tanpa penggunaan aftershave yang menjadikan penampilan anda lebih menarik.

Penggunaan aftershave tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengelakkan kegatalan dan juga kesan sampingan yang selalu terjadi setiap kali selepas kita bercukur.

Berikut adalah 4 daripada jenis aftershave kegemaran kami untuk membuatkan anda berasa segar.

produk kulit

1. Everyman Jack Face Lotion

Jika jenis kulit muka anda adalah dari kategori normal – tidak berminyak – carilah produk yang membenarkan kulit anda sentiasa berhidrasi dan neutral.

Lotion ini bersifat ringan, oleh itu ia sesuai sebagai penggunaan harian dan membantu melindungi kulit anda dari kegatalan.

nivea

2. Nivea Men Replenishing

Dengan pisau pencukur terbaik pun boleh meninggalkan sedikit luka dan gurisan pada kulit wajah anda – ia boleh mendapat jangkitan jika tidak dirawat.

Untuk mengelakkan jangkitan – gunakan lotion yang kaya dengan vitamin E ini selepas bercukur.

aftershave

3. Proraso Liquid Aftershave

Bercukur boleh menyebabkan kulit menjadi kering tanpa lembapan, oleh itu kulit anda akan berasa tegang selepas anda bercukur.

Penyelesaiannya – Hidrasi yang segera. Lotion ini menyegarkan wajah anda dan membasmi kegatalan kulit.

aftershave balm

4. Baxter Of California Aftershave Balm

Kebanyakan aftershave mengandungi alkohol, yang akan meninggalkan kesan bisa setiap kali anda menyapunya pada kulit anda.

Untuk melembapkan kulit anda gunakan yang ini kerana ia bebas alkohol di samping melindungi luka di kulit akibat bercukur.