5 Perkara Gila Yang Berlaku Ketika Anda Tidur

Young handsome man sleeping in bed

Kebanyakan malam, jika anda bernasib baik tidur anda boleh menjadi acara yang begitu mengasyikkan.

Namun ada juga kebanyakan hari di mana anda akan mengalami sifat-sifat ganjil yang boleh meninggalkan anda benar-benar keliru – ataupun sedikit takut.

Kami telah meminta doktor untuk mentafsir sesetengah tabiat ganjil yang berlaku sebaik sahaja anda memejamkan mata.

jatuh semasa tidur

1. Rasa Seperti Jatuh

Ia kerap berlaku setiap kali anda mulai melelapkan mata. Selalunya ketika anda bermimpi, tubuh anda tidak berfungsi sepenuhnya –kadangkala anda bermimpi sebelum tubuh anda terhenti.

Ianya sering terjadi terutamanya jika anda terlalu ngantuk ataupun kekurangan tidur. Di mana tubuh anda belum bersedia ke tahap lena namun sebaliknya bagi minda anda.

sleep paralysis

2. Kelumpuhan Tidur

Apabila anda bangun pada pagi hari dan mendapati anda tidak boleh menggerakkan tubuh mahupun bercakap selama beberapa minit.

Ini kerana minda anda terjaga sebelum tubuh anda bersedia untuk bangun dari mod lena.

tidur berjalan

3. Tidur Berjalan

Kebanyakan sifat tidur adalah tidak merbahaya. Namun tidur sambil berjalan boleh membahayakan anda kerana tubuh anda bergerak terlebih dahulu sebelum minda anda.

Jika tabiat tidur sambil berjalan ini disebabkan oleh sebarang ubat-ubatan yang anda ambil mungkin sudah tiba masa untuk menukarnya.

tidur bercakap

4. Bercakap Ketika Tidur

Hampir 5% daripada kita mempunyai masalah yang sama – bercakap ketika sedang tidur dan kebanyakan hanya sehingga 30 saat sahaja.

Ia selalunya terjadi pada jam pertama tidur anda ketika tubuh anda sedang memasuki tahap lena yang paling dalam.

bermimpi

5. Mimpi Yang Berulang

Bermimpi adalah salah satu cara bagaimana minda anda memproses dan menilai sesuatu sebelum ia boleh disimpan sebagai suatu memori.

Mimpi berulang kemungkinan terjadi kerana isu psikologi yang belum berjaya diselesaikan oleh minda anda.