5 Cara Mudah Untuk Melindungi Ereksi Anda Sekarang


- 9 Sep 16
View 7,182 : Today 1

Kebanyakan lelaki akan memandang remeh terhadap kesihatan mereka sehinggalah masalah datang melanda – ya dan masalah itu adalah pada zakar mereka.

Advertisement

Kebanyakan lelaki di luar sana sedar bahawa gaya hidup mereka boleh mendatangkan masalah kemudian – malangnya mereka tidak ambil peduli sehinggalah ia mengganggu kehidupan seks mereka.

Nasib baik, anda sendiri memainkan peranan penting dalam memastikan bagaimana untuk zakar anda berfungsi dengan sebaiknya.

Ikuti 5 langkah mudah di bawah untuk melindungi zakar anda dan mengelakkan dari mati pucuk.

kabinet ubat

1. Bersihkan Kabinet Ubat Anda

Sesetengah ubat-ubatan yang anda ambil kadangkala boleh menyumbang kepada masalah mati pucuk jika diambil berterusan.

Baca label dan periksa sebarang kesan sampingan dan lebih baik jika anda merujuk pada doktor yang berkenaan mengenai alahan anda.

ukuran perut

2. Jaga Ukuran Perut Anda

Memakai tali pinggang terlalu ketat juga boleh membahayakan zakar anda juga – mereka yang punya ukuran pinggang lebih 35 mempunyai risiko untuk mendapat mati pucuk lebih tinggi.

Lemak visceral boleh menyebabkan keradangan dan kekurangan testosteron – faktor yang boleh mencederakan zakar anda.

merokok

3. Terlalu Banyak Rokok

Semua orang mengetahui keburukan merokok pada kesihatan anda – namun tidak ramai yang tahu hubungkait rapat merokok dengan masalah mati pucuk.

Merokok boleh merosakkan laluan salur darah yang boleh memberi kesan kepada tisu lembut pada zakar anda.

tekanan kerja

4. Terlalu Banyak Tekanan Kerja

Tekanan kerja boleh menjadi isu yang besar dalam soal seks. Lelaki yang mempunyai kerja yang penting kerap membawa masalah kerja ke rumah.

Apabila seseorang terlalu sibuk dengan urusan kerja maka mereka sukar untuk fokus di dalam hubungan di dalam bilik tidur.

tidur cukup

5. Dapatkan Tidur Secukupnya

Mendapatkan tidur yang secukupnya adalah lebih baik untuk menggalakkan pegeluaran testosteron.

Keseimbangan pada hormon dalam minda anda boleh memberikan kesan kepada ereksi anda – kebanyakannya di dapati melalui tidur yang mencukupi.

Advertisement