5 Cara Untuk Menghangatkan Hubungan Jangka Panjang Anda


- 12 Sep 16
View 1,693 : Today 1
romantika pasangan

Ada pelbagai sebab mengapa peringkat bulan madu ini merupakan bahagian yang paling menarik semasa perkahwinan anda – berbalas teks panas, temujanji dan seks yang hangat.

Advertisement

Apabila waktu-waktu di mana anda tidak sabar untuk memeluk antara satu dengan yang lain mulai sampai penghujungnya – terasa amat mustahil untuk mengulangi saat-saat keterujaan seperti waktu itu.

Ternyata amat muddah untuk mengulangi detik-detik bahagia tersebut bersama pasangan anda – anda hanya perlu meletakkan lebih usaha untuk menjayakannya.

Berikut adalah beberapa cara untuk anda menghangatkan semula hubungan yang semakin dingin.

mengurat kerap

1. Kekerapan Mengurat

Ketika sedang berbulan madu, anda hanya akan melihat ke telefon anda hanya untuk memastikan samada si dia ada menghantar mesej kepada anda atau tidak.

Setelah beberapa tahun, teknologi boleh menjadi penghalang namun ia tidak perlu menjadi seperti itu. Telefon boleh menjadi alat yang menghubungkan komunikasi antara anda berdua.

pasangan

2. Buat Dirinya Rasa Disayangi

Sesetengah orang menunjukkan kasih sayang mereka dengan tindakan mesra seperti berpelukan dan berciuman tidak kira masa dan sesetengah hanya mengharapkan perkataan sayang.

Bertanya pada si dia apakah yang akan membuatkannya berasa sangat disayangi – ini boleh membantu anda untuk bersedia.

berseronok

3. Jangan Lupa Untuk Berseronok

Fasa bulan madu segalanya adalah tentang keseronokan bukan – jadi mengapa pula anda perlu melepaskan peluang itu.

Sediakan satu bulan madu mini untuk anda berdua mengingati kembali saat-saat indah bersama – ia tidak memerlukan pelaburan yang banyak dan cukup mudah.

masa untuk berasingan

4. Luangkan Masa Berasingan Seketika

Sesiapa yang berada dalam suatu perhubungan dalam jangkamasa yang lama kemungkinan akan mulai berasa bosan.

Luangkan masa secara berasingan bersama keluarga dan rakan – perlahan-lahan anda berdua akan saling merindui semula.

cara spontan

5. Lakukan Segalanya Secara Spontan

Apabila tiba mengenai soal membelikan hadiah, ia adalah ingatan yang bernilai untuk anda dan bukannya harga sesebuah hadiah itu.

Tinggalkan nota yang menarik pada beg tangan si dia ataupun sediakan makan malam romantik khas untuk si dia.

Advertisement