4 Cara Anda Merosakkan Kebaikan Yang Ada Pada Buah-Buahan

Buah-buahan adalah semulajadi dan kaya dengan serat serta penuh dengan anti-oksidan yang diperlukan untuk melawan penyakit kanser.

Tidak keterlaluan jika dikatakan buah-buahan merupakan snek yang begitu sihat.

Namun begitu terdapat beberapa perkara yang anda harus ambil perhatian untuk memastikan bahasa anda mendapat nutrisi yang lumayan setanding dengan jumlah wang yang telah anda belanjakan.

Di sini ada disertakan 5 kesilapan yang boleh menjejaskan pengambilan diet sihat anda.

beri dan nenas

1. Anda Fikir Semua Buah Sama

Anda mungkin fikir semangkuk penuh beri biru dan secawan nenas adalah lebih kurang sama – cadangan kami anda harus utamakan buah beri kerana kandungan anti-oksidan yang cukup tinggi.

Namun begitu kedua-dua mereka mempunyai kandungan karbohidrat, kalori, gula dan serat yang berbeza.

buah epal

2. Anda Lapar Dan Tak Mampu Membezakannya

Adakah perut anda berkeroncong dan makan malam ada beberapa jam lagi? Atau anda hanya ingin mengunyah sesuatu yang manis?

Buat pilihan yang tepat dalam memilih apa yang anda ingin makan – epal yang besar mengandungi kalori yang lebih tinggi dari epal yang kecil.

mentega kacang keju

3. Anda Hanya Mengambil Buah

Walaupun mengisi perut anda dengan buah-buahan adalah lebih elok dari gula-gula namun ia masih berpotensi untuk menyebabkan kadar gula dalam darah anda meningkat.

Makan ia bersama protein – seperti sekeping keju dan sesudu mentega kacang boleh membantu mengatasi masalah tersebut.

organik

4. Anda Tidak Membeli Yang Organik

Benar ia lebih mahal dari yang biasa namun kebanyakan doktor menggalakkan anda mengambilnya – terutamanya apabila ia berkenaan kepelbagaian.

Mengambil bahan organik boleh mengurangkan pendedahan anda kepada racun serangga dan boleh menyediakan anda dengan lebih nutrisi.