4 Kesalahan Yang Anda Lakukan Ketika Membuat Smoothie

Membuat smoothie kedengaran seperti suatu perkara yang mudah untuk memulakan hari anda – masukkan buah-buahan kegemaran ke dalam pengisar, sedikit ais and susu badam dan segalanya siap untuk diminum.

Namun begitu sedikit kesilapan boleh merosakkan kelebihan kesihatan yang terkandung di dalamnya dan rasa smoothie anda itu.

Kita akan membincangkan 5 kesalahan yang biasa anda lakukan ketika membuat smoothie.

smoothie penuh protein

1. Tidak Mengisar Dengan Sepenuhnya

Ambil masa anda untuk mengisar bahan-bahan agar larut – walaupun smoothie mudah disediakan namun hanya dengan beberapa saat tidak mencukupi.

Anda harus mengisar kesemua bahan anda dengan sempurna untuk mengelakkan smoothie anda berketul-ketul. Terbaik untuk mengisarnya sehingga 2 atau 3 minit.

smoothie pekat

2. Tidak Menambah Pemekat

Smoothie sepatutnya dibuat dengan kepekatan yang bersesuaian oleh itu masukkan bahan yang mampu memekatkannya dan menjadikan ia lebih berkrim.

Buah-buahan yang mengandungi isi yang tebal seperti pic dan pisang boleh digunakan untuk memekatkan ramuan smoothie anda dengan berkesan dan menjadikan ia lebih berkrim.

smoothie manis

3. Membuat Ia Terlalu Manis

Anda tidak perlu menambahkan lebih gula ke dalam adunan, jika anda tidak menggunakan bahan tenusu – gunakan yang kurang manis.

Namun jika adunan anda akhirnya tetap menjadi manis – tambahkan jus limau untuk mengimbangi rasanya.

smoothie banyak bahan

4. Menambah Terlalu Banyak Bahan

Lebih sikit lebih elok – sememangnya kita sedia maklum bahawa menambah pelbagai bahan ke dalam smoothie memang tak dapat dielakkan.

Sebaliknya pilih hanya 3 atau 4 ramuan utama utuk smoothie anda jika tidak rasanya akan semakin pelik terutamanya jika anda memasukkan sayuran ke dalamnya.