Penggunaan Nebulizer


- 13 Sep 16
View 1,380 : Today 1

Nebulizer ialah mesin yang dapat menukarkan ubat dalam bentuk cecair kepada kabus halus yang di sedut masuk ke dalam saluran paru-paru.  Ia menolak udara yang padat melalui ubat cecair dan menukarnya kepada kabus. Ia kemudian di sedut mengunakan topeng muka khas atau melalui corong mulut.

Advertisement

Selalunya ia mengambil masa 5-10 minit untuk ubat di sedut melalui nebulizer. Ubat cairan mesti di dalam isipadu 4mls untuk di nebulized secara efektif. Jika isipadu ubat berkurangan ia akan di campurkan dengan air garam konsentrasi 0.9% (normal saline)

 

asian-man-with-shirt-up-near-doctor

Nebulizer ada tiga bahagian iaitu:

  • Bekas mengisi cecair ubat
  • Topeng muka ataucorong mulut
  • Tubing

lightbox-jet-neb-operating-principle

Jenis ubat dan cairan yang boleh diberi melalui nebulizer ialah:

  • Air garam konsentrasi normal atau hipertonik
  • Ubat pelega
  • Steroids
  • Antibiotiks
  • Adrenalin

Ada berbagai jenis nebulizer. Pengamal perubatan akan menggunakan jenis nebulizer yang sesuai degan keperluan pesakit. Nebulizer  menggunakan sumber elektrik. Oxygen juga digunakan apabila pesakit memerlukan oksigen untuk mengerakkan. Jika tidak ia boleh menggunakan udara  pada kadar 6-8 l/min

 

asdasdsa

Siapa patut menggunakan nebulizer?

Penggunaannya disyorkan di dalam beberapa  situasi  berikut:

  • apabila kanak- kanak/orang muda   mendapat serangan asma akut
  • apabila kanak- kanak/orang muda  susah bernafas
  • apabila kanak- kanak /orang muda mendapat stridor
  • sebelum fisoterapi untuk mencairkan kahak
  • apabila ubat yang digunakan tiada di dalam bentuk sedutan
  • apabila perlu menggunkan antibiotic dalam dos yang tinggi untuk mengawal jangkitan

Preskripsi nebulizer di lakukan oleh pengamal perubatan di hospital.

Kanak-kanak yang mengidap asma tidak perlu menggunakan nebulizer di rumah untuk memberi ubat pelega. Ia boleh diberikan melalui alat corong walaupun semasa serangan asma akut. Penggunaan nebulizer di rumah TIDAK di SYORKAN untuk merawat serangan asma. Kanak- kanak perlu di bawa ke hospital atau klinik untuk penilaian seterusnya.

Ada beberapa keadaan yang mana penggunaan nebulizer digalakkan oleh pakar paru-paru. Ia digunakan untuk memberi antibiotik untuk merawat jangkitan paru-paru penghidap cystic fibrosis dan sebelum fisioterapi.

 

recent-recommendation-for-nasal-nebulization-37-638

Pencucian Nebulizer

Ia di pisahkan dari flow meter dan tubing. Bekas nebulizer di pisahkan dan ketiga- tiga komponen dipisahkan. Lebihan ubat di dalam bekas nebulizer dibuang.

Ketiga-tiga komponen di cuci dengan air sabun atau detergen lembut. Selepas itu ia di tuskan dan dikeringkan.Tubing dan bekas nebulizer di gantikan apabila ia bertukar warna meleket atau bekas nya retak. Pump nebulizer perlu diservis setiap 6-12 bulan. Penapis nebulizer perlu diperiksa dan di ganti secara berkala.

 

how-to-use-a-nebulizer

Bagaimana mengguna nebulizer?

Tatacaranya seperti berikut:

  1. Basuh tangan menggunakan sabun
  2. Letak cairan ubat di dalam bekas nebulizer
  3. Sambungkan dengan topeng muka/ atau corong mulut.
  4. Sambung kan tubing
  5. Gunakan nebulizer
  6. Buka sumber oxygen /udara mampat
  7. Bernafas normal untuk menyedut ubat yang keluar dalam bentuk kabus selama 10 minit.
  8. Tutup sumber oksigen /udara mampat untuk memberhentikan nebulizer dan seterusnya cuci nebulizer
Advertisement