Apa Itu Penyakit “Cholera” atau Taun?

Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk.

Penyakit taun lebih mudah merebak di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air bersih dan kemudahan tandas yang sempurna. Wabak taun juga wujud secara bermusim di kawasan endemik di Asia dan Afrika.

cholera

Agen penyebab: Bakteria Vibrio cholerae.

Cara jangkitan: Melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar dengan najis atau muntah orang yang dijangkiti.

Tempoh pengeraman: Beberapa jam hingga 5 hari. Biasanya 2 hingga 3 hari.

 

12d012ac-5641-4194-acf7-86176f1320e0

Tanda dan gejala

Kebanyakan jangkitan adalah asimptomatik. Kes ringan hanya mengalami cirit-birit tanpa gejala lain.

Kes teruk pula mengalami cirit-birit yang teruk dengan loya dan muntah serta boleh menyebabkan dehidrasi teruk.

cholera-32-638

Komplikasi

Bagi kes yang tidak dirawat, dehidrasi teruk boleh menyebabkan asidosis, gangguan peredaran darah dan kegagalan buah pinggang. Kematian boleh berlaku kerana komplikasi ini.

chapter-13-infectious-disease-cholera-term-2-8-638

Rawatan Penyakit Kolera

Rehidrasi:

Kehilangan cecair yang ringan atau sederhana boleh dirawat dengan larutan rehidrasi oral (ORS). Sekiranya pesakit mengalami dehidrasi teruk, dapatkan rawatan di hospital bagi suntikan rehidrasi dengan larutan pelbagai elektrolit yang seimbang untuk mengelakkan renjatan (shock) dan komplikasi dehidrasi.

Antibiotik:

Untuk memendekkan tempoh cirit-birit dan mengurangkan jumlah larutan rehidrasi yang diperlukan, antibiotik seperti Tetracycline, Trimethoprim dan Sulfamethoxazole (TMP-SMX), Furazolidone atauErythromycinboleh diberikan.

 

0922c5329e27afe8f29eea8ef43b3c21

Pencegahan

Pelancong biasanya tidak disarankan mengambil vaksin taun. Risiko untuk pelancong adalah sangat rendah walaupun di negara yang sering mengalami wabak taun. Pastikan sentiasa mengamalkan kebersihan diri serta mengambil makanan dan minuman daripada sumber yang dipercayai tidak tercemar.

 

bv87e-kcqaapx0k

Langkah berjaga-jaga khusus: Tidak mengambil antibiotik seminggu sebelum atau seminggu selepas vaksinasi (live attenuated vaccine).

Nasihat umum pencegahan jangkitan melalui laluan najis ke mulut (faeco-oral):

  • Basuh tangan dengan sabun sebelum makan, mengendali makanan dan selepas menggunakan tandas.
  • Didihkan air minum atau minum air yang dibotolkan/air berkarbonat.
  • Makanan yang kurang memerlukan pengendalian adalah lebih selamat. Kupas semua buah. Pastikan salad atau ulam-ulaman dibasuh bersih sebelum dimakan.
  • Pastikan bahawa makanan laut, ikan dan daging dimasak dengan sempurna pada suhu yang betul dan seboleh-bolehnya makan semasa makanan masih panas.
  • Makan awal jika memakan hidangan buffet, sebaik-baiknya dalam tempoh 4 jam dari masa makanan siap dimasak.
  • Jangan beli makanan berbungkus dari warung di tepi jalan.
  • Jika mengalami cirit-birit, minum banyak air bersih dan larutan rehidrasi oral (ORS). Jika cirit-birit berterusan selama lebih daripada 48 jam dan individu tidak mampu minum, segera dapatkan rawatan.