4 Cara Bagaimana Telefon Bimbit Boleh Menjadikan Anda Gila

Sebelum anda menghabiskan untuk membaca perenggan ini, anda tentu terfikir untuk melihat, menyentuh dan memeriksa telefon bimbit anda jika terdapat mesej baru yang masuk.

Anda tidak memerlukan statistik untuk mengetahui berapa ramai orang yang benar-benar melekat dengan skrin telefon bimbit pada masa kini.  Benar teknologi kini semuanya memudahkan kehidupan kita seharian.

Berikut adalah beberapa cara bagaimana telefon bimbit boleh mengganggu kehidupan anda.

tekanan telefon-1

1. Kerisauan Akibat Bateri Rendah

90 peratus daripada kita mengalami masalah kebimbangan kerana bateri telefon rendah. Daripada bancian didapati kebanyakan daripada mereka mengalami masalah panik setiap kali bateri mereka turun pada tahap 20%.

Ini kerana anda tidak akan tahu jika anda berpeluang untuk mengecasnya semula ataupun jika anda akan kekal berhubung jika tidak mengecasnya.

tekanan telefon-2

2. Sindrom Gegaran Phantom

Anda barangkali merasai gegaran di poket seluar anda dan apabila anda membuka telefon bimbit anda – ia adalah sekadar imaginasi diri anda sahaja dan tiada orang yang menghubungi anda.

Kadangkala anda juga akan tersalah anggap kerana memikirkan gegaran biasa yang terhasil dari pergerakan anda – merupakan signal bahawa ada teks and mesej yang sedang masuk.

tekanan telefon-3

3. Nomophobia

Salah satu dari jenis ketakutan apabila anda berasa tidak selesa jika tidak membawa telefon bimbit anda bersama ketika ke mana-mana.

Perasaan ini boleh menyebabkan anda berasa bimbang dan tidak senang hati kerana tidak dapat berhubung dengan rakan dan keluarga melalui telefon bimbit tersebut.

tekanan telefon-4

4. Ketakutan Untuk Ketinggalan

Menurut kajian yang dibuat pada baru-baru ini kebanyakan daripada pengguna telefon boimbit terutamanya lelaki akan menggunakan media sosial sekurang-kurang tiga kali dalam satu jam.

Mereka mengatakan bahawa mereka tidak ingin ketinggalan detik-detik menarik dan untuk menjadi sebahagian dari detik-detik menarik seperti rakan-rakan mereka.