5 Cara Untuk Memikat Tanpa Berkata Apa-Apa

Sebelum anda mengatakan helo kepada seseorang wanita, anda boleh menggoda si dia dengan memberikan signal-signal tertentu tanpa berkata apa-apa.

Ia semuanya cadalah berkenaan bagaimana anda mengubahsuai bahasa badan anda untuk memberikan signal kepada wanita-wanita di sekeliling anda dengan berkesan – kata orang tarikan tak perlu bermula dengan sebarang kata-kata.

Berikut adalah beberapa cara menggoda si dia tanpa anda perlu mengatakan apa-apa dengan berkesan.

mendepakan tangan

1. Mendepakan Tangan

Duduk di meja dengan satu tangan di letakkan pada bahu kerusi yang berdekatan atau bersandar pada bar dengan tangan anda didepakan.

Gerakan di atas menunjukkan kawalan kepada fizikal dan ruang peribai seseorang. Ini menunjukkan sudut dominan anda yang menarik perhatian ramai wanita.

open up

2. Buka Postur Anda

Lelaki yang tidak selalu berpeluk tubuh akan kelihatan lebih menarik pada sesetengah wanita – ia menunjukkan mereka ini lebih aktif dan meyakinkan.

Elakkan postur tertutup yang menutup tubuh anda sebaliknya berdiri dengan kaki diregangkan dan siku anda jauh dari sisi anda.

kurangkan senyum

3. Kurangkan Senyuman

Wanita menganggap lelaki yang mudah tersenyum ini terlalu bersifat feminin dan membosankan sesetengah wanita.

Namun begitu ia tidak bermakna anda harus mengekalkan wajah tanpa reaksi – wanita gemar lelaki yang kelihatan menyeronokkan dan mudah untuk didekati.

sentuh dagu

4. Sentuh Wajah Anda

Selang beberapa minit, cuba anda sentuh seketika rahang anda ataupun menggaru bawah dagu anda – ia akan menarik perhatian wanita di sekeliling anda.

Bahagian bawah wajah anda sering dikaitkan dengan tahap testosteron dalam diri anda – menarik perhatian si dia dengan bahagian tersebut boleh membuatkan anda kelihatan lebih menarik.

mainan mata

Mainan Mata

Lelaki yang kerap bertukar pandangan dengan wanita aakan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mendapatkan wanita itu – wanita akan lebih mesra dan lelaki yang mana mereka pernah bertukar pandangan.