5 Kesalahan Dalam Seks Yang Anda Lakukan Secara Tidak Sedar


- 14 Sep 16
View 6,740 : Today 1
kesilapan seks

Anda dahagakan lebih hubungan seks? Jadikan ia seperti pencarian semula. Lari dari kebiasaan hubungan seks anda dengan pasangan dengan mencuba beberapa alternatif yang baru.

Advertisement

Anda juga boleh cuba untuk melakukan perkara berikut untuk menjadikan hubungan seks anda lebih nikmat bersama pasangan.

Mulakan dengan berhenti untuk menganggap seks seperti beberapa perkara berikut.

seks bukan perlumbaan

1. Seks Adalah Perlumbaan

Explorasi tubuh si dia. Mulakan dengan kaki dan perut dahulu dan jangan melampaui batas ketika anda bercium, menyentuh dan menjilat satu sama lain.

Ia menjadikan seks seolah-olah suatu eksplorasi dan bukannya sebagai suatu destinasi – seks yang berasaskan matlamat bukanlah sesuatu yang seksi.

seks dalam kereta

2. Masa Dan Tempat Yang Sama

Cipta suasana yang penuh kelainan – seperti menggoda si dia ketika di tempat duduk belakang kereta anda ataupun cari sesuatu yang mengimbau kembali kenangan anda bersama.

Jadikan ia suatu yang cepat kerana lebih selalu anda berhubung maka akan lebih banyak seks yang anda bakal nikmati bersama.

foreplay mudah dijangka

3. Foreplay Yang Mudah Dijangka

Bersenam bersama pasangan mungkin boleh menjadi idea yang hangat – anggap ia sebagai suatu bentuk ‘foreplay’ dan ia boleh mengurangkan ketidakselesaan si dia.

Bau peluh anda selepas bersenam mempunyai androstadienone, suatu bentuk testosteron yang akan mengghairahkan si dia sebaik sahaja si dia menghidunya.

seks dan tv

4. TV Dan Seks Selepasnya

Membaca sesuatu untuk si dia – tak semestinya ia sesuatu yang erotik kerana ini adalah satu bentuk aktiviti yang cukup intim yang membolehkan si dia fokus pada suara anda.

Suara rendah irama menunjukkan bahawa anda tinggi dalam kandungan tahap testosteron di dalam diri anda – di mana akan membuat si dia cukup tertarik.

berpegang tangan

5. Berpegang Tangan

Urut leher si dia dengan lembut – berpegang tangan boleh menunjukkan betapa anda menyayangi si dia dan tidak malu untuk menunjukkan kepada dunia mengenainya.

Jika anda menjadikan ia sebagai tabiat – ini akan membuatkan si dia lebih bersedia untuk melayan anda ketika di bilik tidur.

View 6,740 : Today 1
Advertisement