Jika sistem imunisasi anda sedang bergelut dengan penyakit – ia akan memerlukan banyak tenaga untuk melakukannya.
Kerana itu ia bukan lagi suatu yang pelik jika setiap penyakit akan didatangi dengan masalah kelesuan – yang selalunya menjadi salah satu dari kebanyakan simptom utamanya.
Ada beberapa jenis penyakit yang mana kelesuan menjadi salah satu dari simptom yang paling utama.
Berikut adalah beberapa simptom yang saling berkait untuk memudahkan anda mengenalpastinya.
1. Penyakit Tyroid
Tyroid adalah sejenis kelenjar yang terletak di dasar leher anda yang membantu mengaturkan tenaga ke sistem imunisasi dan metabolisma anda.
Selain masalah kelesuan menjadi salah satu daripada simptom utama penyakit tiroid yang tidak aktif ini – pertambahan berat badan dan kulit kering juga boleh terjadi.
2. Sindrom Lesu Kronik
Ini adalah kelesuan yang berada dalam tahap paling kritikal – anda berasa letih ketika melakukan rutin harian yang menjadi kebiasaan.
Kebanyakan pakar menganggap ini terjadi mungkin disebabkan oleh keradangan luar biasa yang berlaku walaupun ketika melakukan aktiviti yang biasa.
3. Penyakit Anemia
Anemia adalah keadaan di mana dalam darah anda tidak memiliki jumlah darah merah yang membawa oksigen yang sihat dengan mencukupi.
Selain dari mengalami kelesuan – pesakit juga akan mengalami rupa paras yang pucat kebanyakannya disebabkan oleh kekurangan vitamin B12.
4. Sindrom Diabetes
Bersama dengan rasa dahaga yang teramat dan rasa kencing yang kerap – kelesuan adalah merupakan salah satu daripada simptom utama penyakit tersebut.
Tubuh anda sedang bergelut untuk menguruskan jumlah glukos di dalam darah anda – yang boleh menyebabkan keletihan yang teruk.