5 Cara Mudah Untuk Menambahkan Tenaga Kelelakian Anda

Kekurangan kadar testosteron boleh memudaratkan anda sebagai lelaki – setelah kehilangan otot-otot, mengalami kerapuhan tulang dan tenaga seks anda juga akan berkurangan.

Ini juga kemudian ditambah lagi dengan masalah kanser prostat, risiko sakit antung dan juga penyakit lain yang mengancam nyawa anda.

Ikuti langkah di bawah untuk membantu anda mengatasi masalah tersebut dan menjadi lebih bertenaga.

kempiskan perut

1. Kempiskan Perut Anda

Apabila perut anda mulai membesar, maka kadar testosteron anda juga akan menurun – kempiskan perut anda untuk mengekalkan tahap testosteron anda pada tahap yang baik.

Selain dari membantu anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat – ia juga menggalakkan tahap testosteron dalam diri anda.

bicep

2. Bina Otot Lengan Anda

Kajian mendapati lelaki yang kerap mengangkat beban di gimnasium mempunyai kelebihan 49% lebih kadar testosteron dalam darah mereka.

Jika anda menguatkan otot anda maka kadar testosteron yang dikeluarkan oleh badan anda juga turut meningkat.

makanan lemak sihat

3. Pengambilan Lemak Yang Seimbang

Mengurangkan pengambilan lemak boleh membantu anda kekal langsing namun meninggalkan terus lemak boleh merosakkan diet anda.

Untuk menjaga kesihatan jantung anda dan kadar testosteron anda maka perbanyakkan mengambil lemak tidak tepu seperti ikan dan kekacang.

pengambilan alkohol

4. Jauhi Minuman Beralkohol

Waktu minum bersama teman sekerja boleh merosakkan hormon kelelakian anda – terutama mereka yang kerap mengambil minuman beralkohol.

Jika anda mengambil minuman beralkohol, hadkan hanya 1 dan 2 gelas semalam untuk mengelakkan penurunan kadar testosteron.

stress kerja

5. Hentikan Tekanan

Tekanan mental dan juga fizikal boleh turut menyumbang kepada penurunan kadar hormon testosteron pada sesetengah lelaki.

Jangan terlalu bersenam secara ekstrem kerana ia juga turut boleh mengurangkan kadar hormon testosteron anda dengan tidak sengaja.