Penggunaan Telur Punca Penyakit Salmonellosis


- 21 Sep 16
View 451 : Today 1

Salmonellosis adalah jangkitan bakteria Salmonella pada sistem penghadaman manusia. Kebanyakan jangkitan kes Salmonellosis adalah berpunca daripada makanan yang telah dicemari oleh bakteriaSalmonella atau sentuhan secara langsung dengan pesakit yang sudah terkena jangkitan bakteria tersebut.

Advertisement

Terdapat 2500 spesies Salmonella yang dibawa oleh haiwan ternakan dan haiwan-haiwan liar. Haiwan ternakan seperti ayam, itik atau spesies burung yang dijangkiti oleh bakteria Salmonella boleh merebak hingga ke dalam isi telur yang dihasilkan.

Telur dan produk-produk yang berasaskan telur adalah sejenis makanan ruji bagi manusia terutamanya kepada rakyat Malaysia. Pengedalian yang tidak sempurna daripada segi kebersihan kulit telur atau telur yang tidak dimasak dengan betul, boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti Salmonellosis.

 

salmonellosis

Selain itu, terdapat juga kemungkinan kandungan telur telah dijangkiti oleh bakteria Salmonella yang ada di dalam usus ternakan tersebut semasa proses penghasilan telur. Jangkitan berlaku terhadap tisu-tisu pembiakan ternakan tersebut sebelum kulit telur terhasil.

Jenis Salmonella yang dikaitkan dengan jangkitan terhadap tisu-tisu tersebut termasuk Salmonella enteritidis, Salmonella typhimurium danSalmonella heidelberg.

Diantara ketiga-tiga spesies Salmonella tersebut, Salmonela enteritidismempunyai kemampuan yang lebih baik untuk menjangkiti tisu-tisu pembiakan ternakan.

 

salmonellaniaid

Satu kajian mengenai telur menunjukkan kadar pencemaran Salmonella enteritidis dalam lingkungan 0.04 hingga 0.11%, manakala pencemaran keseluruhan untuk semua spesies Salmonella adalah dalam lingkungan 0.15 hingga 0.27%.

Ini merupakan jumlah yang besar untuk satu spesies bakteria Salmonella. Dalam satu lagi kajian, kadar pencemaran bagi jangkitan luaran telur (kulit) ialah 1 dalam 600 (0.17%),

walaubagaimanapun, hanya 1 dalam 6,000 untuk pencemaran dalam isi telur (0.017%).

Biasanya telur digunakan sebagai bahan untuk membuat makanan pencuci mulut seperti pudding, kek dan aiskrim. Dalam kategori makanan pencuci mulut 55 daripada 90 (61%) ialah makanan pencuci mulut yang mengandungi telur sebagai bahan tambahan.

 

Kulit telur yang mengandungi najis ayam
Kulit telur yang mengandungi najis ayam

 

Gejala/Tanda

t-salmonellosis-enhd-ar1

Secara ringkasnya gejala utama bagi orang yang telah dijangkiti bakteria Salmonella adalah seperti berikut:

  1. Cirit-birit
  2. Kekejangan pada perut
  3. Demam tinggi antara 39.4-40oC
  4. Kurang selera makan
  5. Sakit kepala
  6. Selema dan batuk
  7. Pendarahan usus
  8. Mudah letih
  9. Ruam pada kulit

 

salmonella-infections-10-728

Komplikasi

Komplikasi serius berikutan daripada simptom awal yang tidak mendapat rawatan yang sepatutnya mungkin akan membawa kepada pendarahan usus yang biasa akan muncul pada minggu ke-3.

Selain itu, kanak-kanak atau bayi akan mengalami komplikasi gangguan pada otak yang berkemungkinan akan mengalami sawan.

Oleh yang demikian, semua individu perlulah segera mendapatkan rawatan awal sekiranya gejala atau tanda jangkitan bakteria salmonella berlaku.

salmonella-infections-50-728

Rawatan

Jangkitan Salmonella biasanya sembuh tanpa rawatan dan kebanyakan orang pulih dalam tempoh 2-7 hari. Namun begitu, langkah-langkah berikut perlu diambil sekiranya berlaku tanda-tanda jangkitan penyakit seperti:

  1. Banyakkan minum air bersih yang telah dimasak sempurna atau air garam yang boleh diperolehi di farmasi untuk mengelakkan kekurangan cecair dalam badan.
  2. Elakkan mengambil antibiotic kerana antibiotik ini tidak dapat mempercepatkan penyembuhan namun boleh menyebabkan bakteria salmonella ini dibawa masuk ke sistem penghadaman untuk hidup lebih lama. Walaubagaimanapun, pesakit yang mengalami gejala yang teruk perlulah mendapatkan rawatan yang sesuai di hospital.
  3. Bayi, orang tua dan pesakit yang mempunyai sistem imun yang rendah mungkin perlu mendapatkan antibiotik yang sesuai yang disarankan oleh doktor.
  4. Elakkan ubat-ubatan anti muntah atau anti cirit-birit kecuali dicadangkan oleh doktor.

food-safety

Pencegahan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyediakan prosedur selamat bagi pengguna serta pengendali makanan berasaskan telur. Berikutnya merupakan beberapa langkah yang boleh diambil:

Pengendalian makanan berasaskan telur:

  1. Membeli bahan-bahan mentah dari pembekal yang mengamalkan kebersihan
  2. Pilih produk telur yang telah dipasteurkan atau serbuk telur yang dikeringkan dengan sempurna
  3.  Cuci kulit telur dengan air yang bersih sebelum digunakan.
  4. Elakkan menggunakan telur-telur yang telah retak atau pecah kerana telur tersebut mungkin tercemar dengan bakteria salmonella.
  5. Simpan bahan makanan dengan cara yang betul dimana bahan makanan yang ingin digunakan dahulu diletak di bahagian hadapan.
  6. Jangan biarkan makanan sejuk beku di tempat yang tidak sesuai untuk tempoh lebih daripada 2 jam.

salmonella

Rehabilitasi

Sesiapa yang mengalami cirit-birit tidak boleh bekerja sebagai pengendali makanan atau menjaga kanak-kanak, orang tua atau orang yang mempunyai penyakit kronik. Kanak-kanak yang mempunyai cirit-birit tidak boleh dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Namun bergitu, sekiranya gejala cirit-birit tersebut sudah sembuh, mereka boleh kembali bekerja atau dihantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Selain itu, pesakit mestilah kerap membasuh tangan sebelum melakukan sebarang aktiviti. Pesakit juga mestilah diasingkan iaitu berehat di rumah sehingga gejala penyakit tersebut sudah sembuh.

Rujukan

  1. Food and Environmental Hygiene Department. Salmonella in Eggs and Egg Products. 2004
  2. United States Department of Agriculture Food Safety and Inspection Service. Salmonella 2011.
Advertisement