5 Soalan Yang Setiap Doktor Ingin Anda Tanyakan Kepada Mereka


- 21 Sep 16
View 570 : Today 1

Aktiviti keluar dan masuk ke bilik doktor adalah begitu sibuk, oleh sebab itulah anda kemungkinan boleh lupa hampir separuh dari soalan yang sepatutnya anda tanyakan kepada mereka.

Advertisement

Namun keadaan yang sama juga terjadi kepada doktor anda – ada banyak perkara yang tidak dapat diperkatakan kerana sentiasa bergegas untuk sesuatu temujanji dengan pesakit lain.

Untuk mengelakkannya, anda boleh menggunakan senarai ini agar lebih mudah untuk anda peka terhadap kesihatan anda lain kali.

berat badan

1. Bagaimana Berat Badan Saya

Jangan ingat segalanya beres apabila doktor anda tidak berkata sesuatu mengenai berat badan anda setiap kali anda ditimbang.

Ia adalah cukup memeranjatkan – kebanyakan doktor tidak mahu untuk mengatakan apa-apa mengenai subjek yang rumit ini.

basuh tangan

2. Adakah Anda Membasuh Tangan

Sebenarnya, ini adalah salah satu dari soalan penting yang sepatutnya anda tanyakan kepada doktor yang merawat anda.

Walaupun ia mungkin merupakan topik yang sukar untuk diperkatakan – ia membantu mengurangkan risiko untuk anda mendapat penyakit.

jururawat

3. Bolehkah Jururawat Memerhatikan Saya

Kebarangkalian jumlah doktor yang semakin berkurangan di sesetengah hospital menjadikan ia lebih sukar untuk memberikan perhatian sewajarnya kepada sesetengah pesakit.

Kadangkala anda mungkin mengidap gejala yang mana anda memerlukan perhatian perubatan dengan segera dan keberadaan jururawat yang boleh membantu anda adalah cukup penting.

rasa

4. Adakah Ia Biasa Untuk Berasa Seperti Ini

Tidak kira samada ia adalah kerisauan berkaitan kewangan, kesihatan mahupun masalah berkenaan hubungan dengan mertua, anda tidak patut tidak mengendahkan gejala tersebut.

Ini disebabkan kebanyakan simptom tidak muncul secara jelas ketika temujanji dengan doktor – terutamanya jika anda ke sana untuk sebab yang berbeza.

sakit jantung

5. Adakah Ini Sakit Jantung

Jika anda sering mengalami masalah tidak selesa atau tekanan pada dada anda – ia boleh menandakan beberapa petana sakit jantung.

Kemungkinan untuk anda mendapatkan diagnosis yang salah juga adalah tinggi – seterusnya boleh meningkatkan risiko kematian pra-matang.

Advertisement