5 Fakta Yang Menarik Mengenai Penyakit Hepatitis C

Pakar pembedahan hati telah mengenalpasti dan berkongsikan secara umum 5 fakta yang menarik mengenai dan penting untuk diketahui oleh anda mengenai penyakit yang  mudah merebak secara viral ini.

hepatitis c

Apakah Itu Hepatitis C?

Merupakan jangkitan yang berasaskan darah yang muah menular lalu merosakkan hati, sekaligus menjejaskan kebolehan hati tersebut untuk berfungsi.

Virus ini seringkali dikenalpasti melalui ujian darah – ia boleh bertukar menjadi kronik tidak seperti Hepatitis A, yang kadangkala memerlukan prosedur pemindahan hati.

hepatitis c

Apakah Yang Terjadi Pada Hati Setelah Dijangkiti?

Sejurus dengan peredaran masa dan jika tidak dirawat, ia boleh merosakkan hati menyebabkan ia mengeras kerana ia melalui proses kerosakan dan penyembuhan tanpa henti.

Ketika hati itu sedang mula untuk memulihkan dirinya – ia akan berparut lalu menyebabkan kekurangan fungsi hati yang teruk.

cegah hepatitis c

Bagaimana Ia Dipindahkan?

Disebabkan virus tersebut adalah berasal dari darah maka pemindahan secara tidak sengaja melalui jarum suntikan yang tidak dicuci tidak dapat dielakkan.

Penggunaan darah yang tidak diawasi sepenuhnya juga boleh menyebabkan penyakit ini menular dengan cara lain.

doktor merawat

Apakah Langkah Pencegahan?

Anda akan selamat selagi anda tidak mempunyai hubungan secara terus dengan jarum suntikan rawak yang digunakan di hospital.

Namun begitu kebanyakan masalah berikut telah pun berjaya diatasi pada masakini setelah kebanyakan sistem di hospital dinaiktaraf dan sikap berjaga-jaga semua staf hospital.

hepatitis c

Bolehkah Ia Diubati?

Perkara baik yang anda mungkin telah dengar adalah – kini sudah ada kemajuan di dalam bidang perubatan berkenaan Hepatitis C.

Masalahnya kini adalah kos ubat untuk rawatan Hepatitis C adalah sangat mahal – terdapat juga ubat biasa sebagai alternatif untuk digunakan.