5 Fakta Mengenai Kanser Kulit Yang Sememangnya Salah

Jika anda ingin membiarkan diri anda tanpa baju di luar sana – maka pelajari seikit mengenai pendedahan kepada matahari.

Kebanyakan lelaki yang berada di luar sana mengganggap bahawa fakta-fakta mengenai pendedahan kepada cahaya matahari selama ini adalah tepat – namun sebenarnya ia jauh terpesong dari kenyataan.

Jika anda masih meneruskan mengikut petua lama itu maka anda akan mengalami risiko tinggi untuk mendapat sunburn dan seterusnya kanser kulit.

Teruskan membaca untuk membezakan antara fakta dan fiksi agar anda anda boleh kekal sihat di bawah matahari.

berjemur

1. Tan Asas Boleh Menyelamatkan Anda

Hampir 50% lelak di luar sana mempercayai dengan hanya menggunakan tan asas sudah cukup untuk melindungi kulit mereka dari terbakar.

Apabila kulit anda bertemu dengan sinaran UV yang berbahaya – ia akan megeluarkan lebih melanin atau pigmen dan menyebabkan kulit anda menjadi gelap.

berjemur

2. Kanser Kulit Pada Bahagian Yang Terdedah Dengan Matahari

Benar jika anda mendedahkan bahagian tertentu badan anda kepada cahaya matahari – bahagian tersebut akan lebih mudah mendapat kanser kulit.

Namun begitu kanser kulit boleh juga merebak ke bahagian yang tidak anda ketahui seperti bahagian sulit anda.

kanser kulit

3. Kanser Kulit Menyerang Yang Lebih Tua

Kebarangkalian utuk seseorang individu itu untuk mengidap kanser kulit meningkat setanding dengan usia mereka. Namun begitu tidak bermakna anda tidak akan mengidapnya ketika remaja.

Cara terbaik untuk melindungi diri anda dari kanser kulit dari pelbagai lapisan usia adalah dengan mengelakkan terlalu terdedah kepada cahaya matahari.

kanser kulit

4. Risiko Kanser Kulit Berkurang Dengan Krim Pelindung

Tentulah anda sudah semestinya memerlukan krim pelindung matahari untuk tujuan ini – namun jika anda meletakkannya dengan cara yang salah anda sebenarnya memburukkan lagi keadaan.

Walaupun anda meletakkannya dengan sempurna, krim pelindung matahari masih belum mampu melindungi anda sepenuhnya.

Male Surfer Cuts a Good Form.  People scenes, on the beach on Morro Strand State Park just north of Morro Rock in Morro Bay, CA.  23 August 2009.  Photo by Michael "Mike" L. Baird, mike [at} mikebaird d o t com, flickr.bairdphotos.com; Canon 1D Mark III, Canon 600mm f/4 IS, 1.4X TE, on sturdy leveling tripod with Wimberley head.

5. Kanser Tidak Terjadi Pada Kulit Gelap

Ia adalah kebenaran mengenai mereka yang mempunyai kulit yang lebih gelap memiliki lebih banyak pigmen yang melindungi mereka berbanding yang berkulit cerah.

Namun begitu tanpa penggunaan pelindung matahari – ia masih belum mampu untuk melindungi kulit anda dengan sepenuhnya.