Masalah Ejakulasi Yang Kebanyakan Lelaki Tidak Mahu Bincangkan


- 23 Sep 16
View 2,719 : Today 1

Anda mungkin pernah dengar mengenai pancutan pra-matang namun bagaimana pula dengan masalah lambat untuk ejakulasi?

Advertisement

Ia seperti anda memiliki masalah untuk mencapai orgasma dan terpancut ketika sedang melakukan hubungan seks – biarpun anda sebenarnya ketika itu sedang menikmatinya sebenar-benarnya.

 

Tidak seperti ejakulasi pra-matang yang mana anda terpancut 3 minit selepas melakukan penetrasi – tiada masa yang ditetapkan untuk memperolehi ejakulasi tertangguh.

worried-man-1

Apa Yang Menyebabkannya

Ejakulasi adalah proses rumit yang membabitkan minda, saraf dan otot pada bahagian pelvis – saraf menghantar signal dari minda dan terus ke otot pelvis untuk menegang dan mengeluarkan semen.

Namun apabila saraf anda tidak berkomunikasi dengan sempurna – samada kerana faktor menyakit seperti diabetes atau penuaan – yang mana ia tidak dapat mentafsir mesej dari saraf tersebut.

worried-man

Kesan Dari Pancutan Tertangguh

Anda mungkin memikirkan seks tanpa kesudahan itu kedengaran menarik – namun kebanyakan lelaki mengadu untuk mengusahakannya menyebabkan mereka keletihan secara fizikalnya.

Ejakulasi tertangguh juga boleh menjadi suatu beban secara mental juga kerana mereka akan mula memikirkan mengapa mereka memerlukan masa yang lama untuk menyudahkannya.

Selain itu ia juga boleh membawa kepala komplikasi di dalam perhubungan anda – menyebabkan si dia berasa seperti dirinya sudah tidak menarik dan tidak berupaya memuaskan anda.

worried-man-620x400

Bagaimana Anda Merawatnya

Langkah pertama anda adalah menemui pakar urologi – terutamanya yang berkebolehan dalam bidang perubatan seksual. Kebanyakan doktor lain tiada pengalaman khusus untuk masalah sedemikian.

Setelah anda menemui doktor yang tepat, anda harus bersedia pula untuk bersoal jawab beberapa soalan yang agak janggal untuk anda bicarakan bersama orang lain.

Ini termasuk perbincangan yang berkait perhubungan anda dengan pasangan mahupun cara anda beronani kerana ia berkait rapat dengan masalah tersebut.

Advertisement