5 Perlakuan Yang Sering Anda Buat Yang Merosakkan Tidur Anda

Tiada apa yang lebih hebat daripada mendapatkan lapan jam tidur yang berkualiti – namun cuba lihat semula – bukan mudah untuk kita mendapatkan tidur yang sempurna kan.

Namun begitu mengikut pakar, ramai juga seringkali mensabotaj tidur mereka sendiri dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah.

Kesilapan biasa seperti ini mungkin boleh merosakkan kualiti tidur anda dan jika anda ingin mengembalikan semula kualiti tidur anda itu – jom kita lihat senarai di bawah!

sleepmistakes-thermostat-1000

1. Tidak Memeriksa Termostat

Mengekalkan kesejukan di dalam bilik anda boleh membantu mengembalikan tidur yang lebih baik – suhu badan anda menurun ketika terlena dan bilik yang sejuk memudahkan keadaan tersebut.

Bilik yang panas boleh kadangkala mengganggu tidur anda dan menyebabkan anda terjaga pada waktu malam.

sleepmistakes-pillow-1000

2. Gunakan Bantal Yang Salah

Jenis bantal yang anda perlukan sebenarnya adalah bergantung kepada posisi tidur anda sendiri – kepada yang tidur mengiring mereka lebih perlukan bantal yang lembut berbanding dengan yang tidur terlentang.

Bantal yang dijual sekarang anda boleh lihat pada label ia direka untuk mereka yang posisi tidurnya bagaimana.

sleepmistakes-dirtysheets-1000

3. Cadar Yang Kotor

Cadar yang tidak dibersihkan dalam tempoh sebulan mempunyai lebih dari 11 juta bakteria yang mana turut boleh menyebabkan anda mengalami pneunomia.

Untuk mengelakkan diri anda dari jatuh sakit, basuhlah cadar anda sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu menggunakan air panas.

sleepmistakes-cellphone-1000

4. Telefon Anda Tidak Dalam Mod Malam

Telefon pintar ini memancarkan cahaya biru pada skrin mereka – ia mengganggu kebolehan tubuh anda untuk menghasilkan melatonin yang membantu anda tidur.

Gunakan mod malam untuk menguangkan silau atau jangan gunakan telefon ketika anda hendak masuk tidur.

sleepmistakes-pet-1000

5. Berkongsi Katil Dengan Haiwan

Walaupun lebih dari 40 peratus pemilik haiwan kesayangan mengatakan mereka lebih lena tidur dengan adanya haiwan mereka di sisi – ada juga yang terganggu dengan kehadiran mereka.

Jika anda merasakan anda gelisah dan sukar tidur dengan mereka – pindahkan mereka ke tempat lain seperti bawah katil.