Intoleransi Laktosa (Bahagian 1)

Intoleransi laktosa adalah keadaan di mana tubuh tidak dapat menyerap laktosa. Laktosa ialah sejenis gula yang terdapat secara ekslusif di dalam susu dan produk tenusu. Tubuh anda hanya dapat menyerap laktosa yang telah dicernakan dalam bentuk yang lebih ringkas iaitu glukosa dan galaktosa.

Proses pencernaan ini memerlukan tindakan enzim laktase. Enzim laktase terdapat pada sel-sel di usus kecil anda. Kerosakan atau kecacatan pada dinding sel-sel usus kecil anda boleh menjejaskan jumlah enzim laktase anda.

 

intoleransi_laktosa_1_usus

Mungkin ada yang terkeliru antara intoleransi laktosa dengan alahan kepada susu lembu.

Perlu diketahui bahawa ia adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Alahan Susu Lembu Intoleransi Laktosa
  • disebabkan tindak balas imun tubuh terhadap protein susu
  • simptom atau gejala yang disebabkan oleh penghadaman laktosa dalam usus

 

lactose_intolerance___redux_by_arielrosek-d4nl6tu

Apakah PUNCA Intoleransi Laktosa?

  • Intoleransi laktosa selalunya berkait dengan kekurangan enzim laktase di dalam tubuh.

  • Terdapat 4 klasifikasi kekurangan enzim laktase yang perlu diketahui.

  • Jadual di bawah dapat membantu anda untuk memahami dengan lebih lanjut bagi 4 klasifikasi kekurangan enzim laktase.

Klasifikasi kekurangan enzim laktase

Klasifikasi kekurangan enzim laktase

Adakah intoleransi laktosa ini biasa berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia?

Tidak banyak kajian yang dijalankan di Malaysia berkenaan intoleransi terhadap laktosa ini. Namun, dalam 2 kajian yang dijalankan di Malaysia, menunjukkan 95% rakyat Malaysia mempunyai masalah intoleransi laktosa.

 

Ini selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh negara jiran, yang mana menunjukkan Thailand mengalami 97% intoleransi laktosa.

 

Manakala dianggarkan sebanyak 70% populasi dunia mengalami kekurangan enzim laktase.

hqdefault-1

Apakah SIMPTOM intoleransi laktosa?

  • Anda akan berasa tidak selesa selepas mengambil susu dan produk tenusu. Simptom akan kelihatan seawal 30 minit hingga 2 jam selepas pengambilan.

  • Simptom yang anda hidapi mungkin daripada tahap sederhana kepada tahap teruk, berdasarkan :

    • jumlah laktosa yang diambil, dan

    • kadar toleransi anda terhadap laktosa.

Sesetengah individu mungkin dapat bertoleransi terhadap laktosa lebih baik daripada individu lain.

 

 lactose-intolerance

  • Simptom yang sering dihidapi adalah seperti :

    • sakit perut

    • kembung

    • cirit-birit berair

    • sendawa berlebihan

    • perut berangin

    • loya

    • gatal-gatal di sekitar dubur.

  • Kekurangan enzim laktase primer dan kongenital akan menunjukkan simptom yang lebih ringanberbanding jenis sekunder.

  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mempunyai tanda-tanda malnutrisi (kekurangan zat)  danpertumbuhan terbantut, tetapi keadaan ini sangat jarang berlaku.

 

 

Sambungan : Intoleransi Laktosa (Bahagian 2)