5 Perkara Akan Terjadi Pada Mereka Yang ‘Obses’ Dengan Teknologi


- 11 Jan 16
View 723 : Today 1

Menurut kajian, rakyat Malaysia paling ramai memiliki lebih daripada satu telefon bimbit.

Advertisement

Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia merupakan pengguna Facebook dan Media Sosial Paling ramai di dunia.

Tapi, bila dah obses dengan teknologi, pasti akan beri kesan pada kesihatan.

Ini antara perkara yang akan menyerang mereka yang ketagih dengan teknologi

Insomnia

Masalah yang terjadi apabila obses dengan teknologi dan ketagih dengan media sosial, terjadilah tabiat berjaga malam dan alami masalah tidur.

Lemah Daya Ingatan

Terlalu bergantung dengan teknologi akan menyebabkan memori jangka pendek menjadi kurang berkesan. Bahaya tu!

Kemurungan 

Setiap status dan perkongsian di media sosial boleh mempengaruhi mood seseorang.

Ia boleh menjadi perkara negatif dan menimbulkan perasaan cemburu apabila melihat gambar dan membaca status orang lain.

Jadi Gemuk

Menurut kajian, melihat gambar makanan di laman sosial akan menyebabkan perasaan kurang berpuas hati dengan makanan yang kita nikmati.

Fenomena ini juga akan membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan.

Jatuh Sakit

Telefon pintar boleh menjadi tempat pengumpulan kuman malah lebih kotor daripada pemegang berus tandas.

Jadi pastikan bersihkan telefon pintar anda sekerap mungkin untuk mengelakkan dari pelbagai jenis penyakit.

 

 

sumber

Advertisement