5 Cara Kaum Lelaki Selalunya Mengkhianati Pasangannya

Melainkan anda adalah kaki perempuan – berhubungan intim dengan orang selain dari pasangan anda dan melakukan oral juga sudah dikira curang.

Namun ada garis panduan yang kabur antara perhubungan rakan dan kecurangan – teman wanita anda akan memikirkan sesuatu yang cukup berlainan dari apa yang anda fikirkan.

Dalam kata lain apa yang anda mungkin sangkakan adalah sesuatu yang tak bersalah boleh menjadi sesuatu yang boleh menamatkan hubungan anda berdua.

Berikut adalah 5 petanda bahawa anda sedang curang tanpa anda mengetahuinya.

coffee-flirt

1. Mendedahkan Masalah Perhubungan

Samada anda merungut tentang perangai teman wanita anda ataupun tabiat yang tidak anda sukai – anda sebenarnya sedang mendedahkan kelemahan hubungan anda pada wanita lain.

Ia digelar kecurangan informasi yang mana ia boleh dianggap sebagai sesuatu yang lebih berbahaya daripada anda curang secara seksual.

fb

2. Memeriksa Akaun Facebook Bekas Tunang

Anda mungkin hanya berminat untuk mengetahui bagaimana keadaannya sekarang – namun ada yang mungkin menganggap anda sedang berangan-angan dengan kejadian lampau.

Walaupun pada si dia memeriksa akaun Facebook sahabat lama itu adalah bukan perkara besar – namun lebih elok jika anda meninggalkan tabiat itu.

ordering

3. Belanja Wanita Lain Minum

Membelikan minuman untuk seorang rakan sekerja wanita juga sudah dikira sebagai suatu kesalahan di dalam perhubungan.

Ia mungkin kelihatan seperti anda bermurah hati namun lebih baik jika anda ingin belanja seseorang – belanja terus keseluruhan kumpulan itu, barulah tiada unsur-unsur intim di situ.

spot-taker

4. Membawa Seseorang Ke Tempat Kebiasaan Anda

Ingat tak restoran yang selalu anda pergi bersama isteri anda? Ataupun gerai ais krim yang anda lawati ketika janjitemu pertama?

Jangan pergi ke tempat-tempat tersebut jika anda membawa rakan wanita yang tiada hubungan istimewa untuk makan dan bersantai.

thumbs-up

5. Memuji Kecantikan Seseorang

Lelaki jarang mengambil tahu perubahan yang berlaku terhadap seseorang wanita – menyeari perubahan wanita menunjukkan bahawa anda mengambil perhatian yang lebih.

Namun sebelum memuji adakah anda terfikir bagaimana perasaan anda jika lelaki lain memuji teman wanita anda?