Gejala : Kebas

Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan  rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit.

Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat.

Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.

massage-yourself-step-12

Rasa kebas boleh disebabkan oleh keadaan berikut;

  • Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
  • Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
  • Jangkitan pada saraf periferi  seperti kayap.
  • Penyakit-penyakit seperti diabetes, migraine, multiple sclerosis, epilepsi , strok dan hypothyroidism
  • Carpel Tunnel Syndrome (saraf Median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
  • Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
  • Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
  • Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.

Tindakan Kendiri

cts-3

  • Sila berjumpa doktor sekiranya anda mengalami rasa kebas untuk pemeriksaan lanjut dan rawatan.
  • Sila berjumpa doktor dengan serta-merta, sekiranya anda berasa kebas dalam keadaan berikut:
    • Anda baru mengalami kemalangan yang melibatkan bahagian kepala.
    • Anda juga mengalami gejala seperti lemah anggota , susah bertutur, pening dan sakit kepala yang datang secara tiba-tiba dengan teruknya.
  • Dapatkan temujanji untuk berjumpa doktor sekiranya  keadaan kebas yang anda alami bertambah teruk, melibatkan kedua-dua bahagian badan, terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu dan rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan.

Diagnosa / Rawatan Kebas

kaki-diabetik

  • Doktor akan menemuduga, membuat pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian- ujian mengikut keperluan bagi membantu dalam membuat diagnosa.
  • Rasa kebas boleh hilang atau sekurang-kurangnya boleh dihalang untuk menjadi bertambah teruk setelah menerima rawatan khusus untuk penyakit yang menyebabkan rasa kebas terjadi.
  • Kebas yang merebak secara mendadak perlu mendapat perhatian doktor
  • Kebas yang diikuti dengan lemah anggota atau lumpuh hendaklah dirawat oleh doktor dengan segera