5 Perkara Yang Boleh Menyebabkan Seseorang Itu Menghidap Asma

faktor penyebab asma

Penyakit asma bukanlah sesuatu yang baru bagi masyarakat Malaysia. Ia adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut jika tidak mendapat perhatian doktor. Ia disebabkan oleh saluran paru-paru yang mengecut ketika kita cuba untuk bernafas.

Advertisement

Penghidap asma selalunya tidak dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja yang terlalu keras selain dari berehat dan minum air dengan banyak bagi meredakan kekeringan di dalam tekak.

Namun begitu ada beberapa perkara yang harus dipatuhi agar penyakit tersebut tidak melarat hingga boleh menjejaskan nyawa anda.

cats_fur_2_by_raya2222-d35rsxz

1. Elakkan Bulu Haiwan

Bulu haiwan secara kebiasaannya mempunyai hama yang boleh menyebabkan kegatalan dan alergi pada paru-paru mereka yang mengidap asma.

Paling selamat jika anda tidak membela sebarang haiwan peliharaan di rumah anda dan jauhi dari terkena bulu mereka.

cooperage-dusty-light

2. Elakkan Kawasan Berhabuk

Habuk yang berterbangan juga berpotensi untuk menjejaskan pernafasan seseorang yang menghidap asma kerana alergi yang boleh disebabkannya.

Jauhi tempat-tempat yang mempunyai habuk dan hindari dari orang yang tengah menyapu – pastikan kawasan rumah anda bebas dari sebarang habuk yang berterbangan.

recipe-ice-mint-drink-1024x768

3. Minuman Berais

Paru-paru yang sejuk juga boleh mengecut dan untuk mengelakkan keadaan tersebut terjadi – kurangkan pengambilan minuman berais.

Minuman berais kadangkala boleh membawa kepada batuk yang berpanjangan yang boleh menjejaskan kefungsian paru-paru tersebut.

meds for food allergy and asthma

4. Alergi

Kadangkala asma juga boleh menyerang apabila kita alergi terhadap sesuatu contohnya sayur-sayuran mahupun ubat-ubatan.

Anda perlulah sentiasa berjaga dengan pengambilan diet harian anda serta mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui apa yang anda tidak boleh ambil.

smoke-alarm-types

5. Bau Asap

Tidak kira samada anda telah terdedah kepada asap rokok mahupun asap masakan – ia boleh menyebabkan rasa kurang senang pada dada anda dan menyukarkan anda bernafas.

Terbaik untuk anda lakukan adalah menjauhi premis makanan, pasar-pasar serta kawasan orang merokok dan masuk ke kawasan yang berhawa dingin.

Advertisement