4 Faktor Yang Boleh Menyebabkan Anda Mudah Mendapat Demam

Ketika musim panas sedang melanda Malaysia ini maka lebih mudahlah untuk masyarakat kita ini mendapat demam. Antara gejala-gejala demam yang selalu kita lihat adalah suhu badan yang panas dan selesema.

Kadangkala agak mengejutkan juga apabila kita sebagai orang dewasa pun mudah juga dijangkiti demam terutamanya apabila usia semakin meningkat. Kalau orang dewasa demamnya selalu diiringi dengan gejala seperti sakit kepala dan pening.

Jadi apakah antara faktor yang boleh menyebabkan kita mudah dijangkiti demam?

mss_7318-1-copy

1. Perubahan Cuaca

Antara salah satu faktor yang selalu mempengaruhi masyarakat Malaysia ketika ini – iaitu perubahan cuaca samada dari panas ke hujan dan sebaliknya.

Faktor perubahan cuaca ini sering terjadi kepada mereka yang berkerja ulang alik dari rumah ke pejabat.

snow storm

2. Perubahan Suhu

Perkara ini terjadi selalunya apabila anda berada di dalam pejabat yang berhawa dingin dan keluar pula merasai suasana yang panas di luar.

Tubuh kita yang kurang mahir dalam mengawal perubahan suhu yang terpaksa ditampungnya mendedahkan kita kepada demam.

react-when-you-have-a-fever-step-9

3. Jangkitan

Penyakit demam juga boleh berjangkit daripada seseorang pesakit kepada orang lain terutamanya orang yang selalu berada bersamanya.

Oleh itu selalulah basuh tangan setiap kali lepas merawat seseorang yang demam untuk mengelakkan berjangkitkan virus demam itu.

Man have terrible tooth ache

4. Sakit Gigi

Pernah tak anda mengalami sakit gigi yang terlampau hingga gusi anda membengkak? Keadaan itu kadangkala boleh melarat hingga menyebabkan anda demam.

Demam akibat sakit gigi bukanlah sesuatu yang berbahaya – sebaik sahaja gigi anda dicabut maka demam itu pun akan beransur kebah.