4 Penipuan Yang Diberitahu Tentang Tubuh Badan Anda
Apabila anda mendengar sesuatu yang kedengaran menarik yang diperkatakan oleh orang lain – jangan percayakannya bulat-bulat sahaja.
Kerana apabila sesuatu itu adalah mengenai sudut biologi – maka tiada yang benar-benar tahu mengenainya dengan terperinci.
Berikut adalah lima perkara yang mungkin anda dengar dari keluarga mahupun rakan rapat anda tentang tubuh anda.
1. Air Kencing Anda Disterilkan
Tentulah kerana air kencing anda akan kelihatan jernih – namun begitu ada kajian menunjukkan air kencing wanita mengandungi hampir 85 peratus kuman dan bakteria.
Sesetengah bakteria di dalam air kencing ada juga faedahnya – ia membantu doktor untuk merawat sesetengah isu berkaitan kesihatan.
2. Bercukur Menyebabkan Bulu Tumbuh Lebih Lebat
Sebenarnya bercukur dengan lebih banyak boleh memberikan lebih banyak kesan buruk kepada kulit anda daripada menolong.
Anda mungkin dapat menarik keluar beberapa helai rambut dari akar umbinya – seterusnya merosakkan sel yang menyebabkan pertumbuhan yang menipis.
3. Kaki Lebih Besar Zakar Lebih Besar
Sesetengah mitos itu bermula dengan sesetengah kebenaran – penemuan genetik yang dikenali sebagai Hox memainkan peranan dalam pertumbuhan beberapa organ badan termasuk kaki dan zakar.
Yang peliknya, penemuan terbaru pula menemui tiada hubungkait antara kedua-duanya.
4. Hilang Sebahagian Haba Badan Melalui Kepala
Kadar di mana haba akan mengewap bergantung kepada bahagian permukaan yang terdedah – lebih banyak permukaan kulit terdedah lebih mudah untuk anda berasa sejuk.
Tiada apa-apa yang istimewa berkenaan kepala anda – tiada sebab mengapa topi boleh membantu anda untuk berasa panas.