5 Jenis Madu Yang Anda Perlukan Untuk Kesihatan Ketika Ini

Tubuh anda memerlukan vitamin A dan E, asid organik, protein, pelbagai mineral dan antioksidan – yang mana esemuanya anda boleh jumpai di dalam sesudu sirap pekat berwarna emas ini.

Madu mempunyai kebolehan untuk melawan sebarang kesakitan dan jangkitan – menurut kajian yang telah dijalankan oleh pakar nutrisi.

Berikut kita lihat 5 daripada jenis madu yang patut anda ambil pada setiap hari mulai hari ini.

7f2c48bd-faa9-41be-b308-2606b738919a

1. Tualang Madu – Membunuh Bakteria

Amat kaya dengan mineral, gula semulajadi dan kompaun yang melawan kewujudan kanser – tinggi dalam kandungan antioksida dan membantu melawan bakteria di dalam sistem badan.

Ia juga berguna untuk menurunkan kadar glukosa di dalam tubuh pesakit diabetes dan tekanan toksik pada perokok tegar selain menguatkan tulang.

honey_cream_pineapple1

2. Madu Nenas – Mencantikkan Kulit

Kaya dengan bahan anti-bakteria dan anti-fungus, madu ini digunakan utuk melambatkan proses penuaan dan merawat kesan jerawat.

Ia mengandungi lebih fruktosa dan glukosa dari sukrosa dan kaya dengan antioksida yang diperlukan oleh tubuh kita.

april-005

3. Madu Gelam –Melawan Kanser

Madu ini mengandungi intisari yang kaya dengan flavonoid dan kandungan fenolik seperti asid askorbik dan benzoik untuk meredakan keradangan sel.

Ia juga membantu untuk membantu pesakit diabetes dengan ulser kaki kerana ia kaya dengan kandungan anti-bakteria.

madupropolisbaru1

4. Madu Kelulut – Merawat Badan

Madu dari jenis ini membantu memperbaiki peredaran darah, oleh itu ia boleh membantu menyembuhkan ulser, jangkitan, gout, dan keradangan gusi.

Ia juga memberi kebaikan kepada lelaki dari setiap peringkat umur – ia boleh menambahkan tenaga, mengurangkan kelesuan, meredakan sakit sendi, mengawal kolesterol dan memperbaiki mata.

acacia-honey

5. Madu Acacia – Pembawa Tenaga

Membersihkan alat sulit dan sistem penghadaman anda dengan hanya satu sudu madu ini diambil pada setiap hari. Ia membantu menambahkan selera makan dan menggantikan tenaga yang hilang ketika bersenam.

Ia juga bagus untuk menguatkan sistem respirasi bagi seseorang pesakit bronkitis dan membantu membersihkan hati.