5 Perangai Lelaki Pertengahan Umur Yang Kadangkala Menjengkelkan

Setelah umur anda berganjak ke 30-an, anda tentu akan perasaan perubahan sikap anda daripada mudah terhibur kepada mengikut mood dan kemudian menjengkelkan.

Ini adalah kerana proses penuaan yang turut mempengaruhi keadaan seseorang itu berinteraksi dan jika sikap ini tidak dibendung boleh menyebabkan anda tidak disukai.

Berikut adalah beberapa contoh perangai lelaki pertengahan umur yang tidak disukai orang sekeliling.

arrogance-1024x719

1. Bodoh Sombong

Salah satu perangai yang paling kerap didapati pada kebanyakan lelaki pertengahan umur. Usah mahu ditegah, ditegur sedikit pun sudah mula melenting.

Perangai seperti ini bukan sahaja menyusahkan orang sekeliling malah turut dibenci oleh kaum keluarga juga kemudian nanti.

men-more-forgetful-main

2. Pelupa

Selalunya anda akan ingat senarai barangan setiap kali mengunjungi pasaraya ataupun kedai runcit namun kini selagi anda tidak membawa senarai, anda tentu akan terlupa satu atau dua barang.

Kalau sekali dua mungkin boleh dimaafkan tapi kalau dah banyak kali mungkin ada juga isteri di luar sana yang bakal naik angin nanti.

8350c4ed9afffb27800f6a706700e569_c0-226-5400-3374_s885x516

3. Egois

Pada peringkat umur beginilah jika anda sedar anda semakin sukar untuk menerima teguran dan nasihat. Ini menunjukkan ego anda yang semakin tinggi.

Seharusnya pada peringkat umur begini anda harus chill, sejukkan diri dan beralah dengan mendengar teguran orang lain demi kebaikan anda.

elderly_couple_note_wallet_featured

4. Cuai

Perangai ini amat hampir dengan nyanyuk dan terutamanya kaum lelaki amat terkenal dengan kecuaian mereka apabila umur semakin meningkat.

Pastikan apa yang anda bawa ketika keluar tadi adalah sama dengan apa yang anda ingin bawa pulang kembali ke rumah.