Pneumonia : Radang Paru-Paru (Bahagian 1)

Paru-paru adalah organ di dalam badan yang mengandungi gelembung-gelembung udara atau alveoli. Alveoli bertanggungjawab untuk penukaran gas oksigen dan karbon dioksida.

Advertisement

Pneumonia adalah radang atau inflamasi pada paru-paru. Ia adalah keadaan di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi. Akibatnya pertukaran gas-gas terjejas.

Pneumonia biasanya disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria dan virus, tetapi kadang-kadang boleh di sebabkan kulat atau parasit. Ia juga boleh terjadi akibat dari tindakbalas kimia atau fizikal. Tanda-tanda pneumonia adalah batuk, sakit dada, demam dan susah bernafas.

 

ww5r032t-8col-jpg

Pneumonia boleh didiagnos melalui kaedah x-ray dan pemeriksaan kahak. Rawatan bergantung kepada penyebab pneumonia ; pneumonia disebabkan oleh bakteria dirawat dengan antibiotik.

Pneumonia boleh terjadi di semua golongan umur dan ia adalah salah satu penyebab utama kematian di golongan pesakit kronik.

Terdapat vaksin untuk pneumonia yang disebabkan oleh pneumococcus. Prognosis pneumonia bergantung kepada jenis, rawatan, komplikasi dan keadaan ko-morbid seseorang.

 

 

Epidemiologi

asdasdsad

Pneumonia biasa didapati diseluruh dunia. Ia adalah penyebab kematian yang penting disemua golongan umur dan adalah penyebab kematian utama pada golongan kanak-kanak di negara yang berpendapatan rendah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menjangkakan kematian berkurangan di peringkat dewasa tetapi meningkat semula di kalangan mereka yang lanjut usia.

Di United Kingdom, kadar kejadian tahunan pneumonia adalah 6 kes untuk setiap 1000 penduduk yang berumur 18-39 tahun. Untuk mereka yang berumur 75 tahun, angka ini meningkat ke 75 kes untuk setiap 1000 orang. 20% – 40% pesakit memerlukan rawatan di wad dan dari jumlah ini, 5-10% dirawat di Unit Rawatan Rapi. Kadar kematian di United Kingdom adalah 5-10%.

 

Klasifikasi Pneumonia

Pneumonia ini adalah yang paling biasa. Ia disebabkan oleh kuman-kuman yang biasa terdapat dalam komuniti/masyarakat. Kuman-kuman penyebab adalah kuman bakteria seperti Streptococcus pneumoniae, Haemophilus influenza, Staphylococcus aureus , Moraxella catarrhalis, Kelbsiella dan bakteria tidak tipikal (atypical bacteria) seperti Mycoplasma pneumoniae, Chlamydia pneumonia dan Legionella pneumophilia.

Di Malaysia, kuman Mycobacterium tuberculosis yang menyebabkan penyakit tibi adalah salah satu penyebab utama pneumonia komuniti. Secara keseluruhan, Streptococcus pneumoniae adalah penyebab utama pneumonia diseluruh dunia.

 

images_284

Kuman virus yang boleh menyebabkan pneumonia adalah virus influenza, virus respiratory syncitial, adenovirus, parainfluenza virus dan virus H1N1.

Selain daripada bakteria dan virus, berbagai organisma parasit seperti Toxoplasma gondii, Strongyloides stercoralis dan Ascaris boleh juga menyebabkan pneumonia.

Mikroorganisma parasit ini memasuki badan melalui kulit atau ditelan kemudian pergi ke paru-paru melalui saluran darah. Parasit boleh menyebabkan satu tindakbalas immun di mana subset sel darah putih iaitu sel eosinofil meningkat. Ini dipanggil ‘eosinophilic pneumonia’.

 

radangparu_2

Gambarajah atas adalah paru-paru normal. Ruang-ruang putih adalah alveoli yang mengandungi udara .Gambarajah bawah adalah paru-paru dihidapi pneumonia di mana alveoli di penuhi dengan sel-sel inflamasi.

Ia juga dikenali sebagai pneumona nosokomial. Ia adalah sejenis pneumonia yang dihidapi selepas 72 jam seseorang berada di dalam hospital atau 72 jam selepas dikeluarkan dari hospital untuk penyakit lain. Kuman penyebab adalah berlainan dengan kuman dari komuniti iaitu bakteria Klebsiella, Pseudomonas, Enterobacter, Serratia dan Methicillin Resistant Staphylococcus aureus (MRSA).

Oleh kerana pengidap nosokomial pneumonia ada penyakit lain dan terdedah kepada bakteria yang lebih berbahaya, nosokomial pneumonia adalah lebih serius jika dibandingkan dengan pneumonia komuniti.

 

how-do-you-get-a-pneumonia

Faktor-faktor yang menyebabkan seseorang yang dimasukkan ke hospital mudah mendapat pneumonia hospital adalah malnutrisi berpanjangan, penyakit jantung atau paru-paru lain yang sediada dan kurangnya jumlah acid dalam perut.

Semua faktor ini boleh mengurangkan daya tahanan seseorang pesakit. Pneumonia yang berkaitan dengan alat bantuan pernafasan (ventilator-associated pnenumonia) adalah subset pneumonia nosokomial dimana pneumonia terjadi selepas 48 jam seseorang pesakit diberi bantuan pernafasan secara mekanikal.

Ini adalah pneumonia yang dihidapi oleh penghuni-penghuni fasiliti kesihatan seperti di ‘nursing home’.

Golongan yang kurang daya tahan ialah mereka yang mengidap ‘acquired immune deficiency syndrome’ (AIDS), pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi atau steroid , pesakit kegagalan buah pinggang dan pengidap kanser. Organisma yang boleh menjangkiti paru-paru di kalangan mereka adalah sama seperti yang terdahulu (no. 1 hingga no. 3).

Walaubagaimanapun mereka ini juga boleh mendapat jangkitan dari organisma yang tidak memberi masalah kepada orang yang sihat sistem daya immunnya. Organisma-organisma ini adalah virus cytomegalovirus, kulat Pneumocystis jiroveci, Pneumocystis carini, Cryptococcus neoformans, Coccidioides immitis dan Histoplasma capsulatum, bakteria Mycobacterium avium-intercellulare serta kulat ‘invasive’ aspergilosis serta ‘invasive’ candidiasis.

 

aaeaaqaaaaaaaam5aaaajgi5ntjinwy1lti0mzytnge0zi05zjdhltazzdfkztdkmwrhza

Ia adalah sejenis pneumonia yang sangat berjangkit, amat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian . Ia disebabkan oleh virus corona SARS yang pertama kali dikenalpasti di Negara China pada tahun 2002.

Ini disebabkan oleh bahan-bahan kimia seperti racun serangga yang memasuki paru-paru melalui penyedutan udara yang dicemari serangga.

Ini terjadi apabila bahan-bahan asing seperti daripada mulut atau kandungan isi perut tersedut ke dalam paru-paru semasa makan, “reflux”atau apabila seseorang itu muntah.

Bahan-bahan yang disedut bukan sahaja boleh menyebabkan radang paru-paru, tetapi ia juga boleh mengandungi bakteria ‘anaerobik’ (boleh membiak tanpa oksigen).

Aspiration pneumonia adalah penyebab kematian utama dikalangan pesakit-pesakit hospital yang berada di dalam keadaan koma dan pada mereka yang menetap di rumah ‘nursing’. Ini adalah kerana pesakit-pesakit demikian mempunyai daya tahan yang lemah dan saluran pernafasan mudah dijangkiti.

Pneumonia ini terjadi di ruang antara satu alveoli dan yang lain. Ia selalunya disebabkan oleh virus atau bakteria atipikal.

 

Sambungan : Pneumonia (Bahagian 2)

 

Advertisement