Pneumonia : Radang Paru-Paru (Bahagian 2)

Artikel ini merupakan sambungan daripada : Pneumonia : Radang Paru-Paru (Bahagian 1)

 

Simptom

pneumonia-7-638

Pesakit yang mengidap pneumonia akan mengadu batuk berkahak warna kuning atau hijau dan demam panas dan ini boleh disertai dengan menggigil. Kahak bagi mereka yang dijangkiti Streptococcus pneumoniae ber warna ‘berkarat’ (rusty coloured sputum).

Sesak nafas adalah aduan yang biasa. Sakit dada semasa menarik nafas atau ‘pleuritic chest pain’ adalah sakit yang dialami seperti ditusuk sesuatu yang tajam.

Batuk berdarah adalah salah satu simtom pneumonia. Tanda-tanda atau simptom lain adalah kurang selera makan, sakit kepala, berpeluh, sakit-sakit sendi dan otot. Pneumonia yang disebabkan oleh kuman Legionella boleh menyebabkan sakit perut dan cirit-birit sementara pneumonia yang disebabkan kuman tibi atau Pneumocystis boleh menyebabkan kurang berat badan dan berpeluh pada waktu malam.

Di kalangan mereka yang lanjut usia, manifestasi pneumonia selalunya tidak tipikal.  Mereka mungkin boleh kelihatan keliru, hilang keseimbangan badan dan akibatnya jatuh.

Tanda Fizikal

img-pneumonia-big-246-26272-1

Tanda-tanda fizikal yang didapati apabila diperiksa oleh pengamal perubatan adalah demam (>37.8oC )tetapi kadang-kadang suhu badan rendah, kadar pernafasan yang meningkat ( > 20 / minit) dan nadi yang laju ( >100/minit).

Pesakit yang didapati sangat susah untuk bernafas, keliru dan terdapat kebiru-biruan pada bibir atau lidah perlu dirawat segera. Apabila dada diperiksa dengan alat stethoskop, ada kelainan semasa pesakit menarik nafas. Walaubagaimanapun sesetengah pesakit tidak menunjukkan apa-apa tanda.

Tanda sistemik :

  • Demam panas
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Kurang selera makan

 

Penyiasatan

fig-4-1x

Penyiasatan yang di lakukan untuk memastikan diagnosa ialah kahak akan diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat kuman dan jenis kuman akan dipastikan dengan kultur kahak. Kahak juga akan diperiksa untuk kuman tibi.

Pemeriksaan x-ray dada akan dilakukan juga di mana kesan putih pada x-ray boleh menandakan pneumonia.

Walaubagaimanapun tidak semua pneumonia dapat dilihat pada x-ray mungkin kerana ia adalah diperingkat awal atau ia melibatkan bahagian paru-paru yang sukar dikesan oleh x-ray. Jarang sekali scan tomografi komputer (CT scan) dilakukan.

Ia dilakukan untuk mengenalpasti diagnosa selain dari pneumonia atau pneumonia yang tidak kelihatan pada X-ray dada. Pemeriksaan darah juga boleh membantu untuk melihat tindakbalas jangkitan kuman bakteria, virus atau parasit.

 

nursing-diagnosis-for-pneumonia

Ini dilihat sebagai peningkatan kepada bilangan sel darah putih, tetapi pada mereka yang kurang daya imun sel darah putih boleh jadi rendah atau ‘normal’. Darah juga akan dikultur untuk mengenalpasti kuman di dalam darah dan ini di panggil sepsis atau septisemia.

Bakteria yang telah dikenalpasti akan di uji samada ia sensitif kepada antibiotik yang telah atau akan digunakan. Ujian serologi dilakukan untuk Mycoplasma, Legionella , Chlamydia dan Legionella. Sapuan kahak (throat swab) di ambil untuk ujian H1N1.

Rembesan daripada paru-paru boleh di uji untuk virus seperti influenza, respiratory syncytial virus dan adenovirus.

Ujian darah untuk fungsi buah pinggang dan hepar dilakukan untuk mengenalpasti samada terdapat kerosakan disebabkan oleh sepsis.

 

 1) Normal 2) Pneumonia di sebelah kanan paru-paru ( tanda putih disebelah kiri gambar)

1) Normal
2) Pneumonia di sebelah kanan paru-paru ( tanda putih disebelah kiri gambar)

Rawatan

pneumonia-final-ppt-240912-13-638

Tidak semua pesakit akan dimasukkan ke hospital, tetapi diberi rawatan sebagai pesakit luar. Biasanya antibiotik di beri secara oral, pesakit dinasihatkan banyak minum air dan berehat di rumah. Ubat batuk yang di beli di kedai-kedai adalah tidak berkesan untuk rawatan pneumonia.

Jika simptom tidak berubah atau bertambah teruk atau berlaku komplikasi, penjagaan di hospital adalah diperlukan.

Mereka yang didapati sukar untuk bernafas, mempunyai penyakit lain dan mereka yang lanjut usia, juga akan dimasukkan ke hospital.

Pneumonia yang disebabkan oleh bakteria dari komuniti akan dirawat dengan antibiotik seperti augmentin, erythromycin atau azithromycin. Rawatan diberi selama 7 hingga sepuloh hari. Antibiotik yang digunakan untuk merawat pneumonia jangkitan dari hospital adalah seperti cephalosporin, carbepenem, aminoglycoside dan vancomycin. Ini diberi secara intravena.

Tiada rawatan spesifik untuk kebanyakan pneumonia yang disebabkan oleh virus. Jangkitan H1N1 dirawat dengan ubat oseltamivir.

Selain dari rawatan pengubatan, pesakit juga digalakkan banyak berehat dan banyak minum air.

Pencegahan

asdasd

Ada beberapa cara untuk mencegah pneumonia. Rawatan berkesan yang diberikan kepada penyakit-penyakit seperti Acquired Immunodeficiency Syndrome (AIDS)boleh mengurangkan risiko seseorang diserang pneumonia. Berhenti merokok juga berkesan kerana ia bukan sahaja mengurangkan kerosakan paru-paru, tetapi adalah disebabkan asap rokok banyak menjejaskan daya tahan badan.

Pelalian vaksin pneumococcal boleh diberi untuk Streptococcus pneumonia. Bagi mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan bagi pengidap emfisima, kencing manis, kegagalan hepar dan mereka yang telah dibuang limpanya, pelalian terhadap streptococcus adalah sangat berkesan. Pelalian diberikan lima tahun sekali.

Pelalian influenza dengan vaksin influenza harus juga diberi kepada mereka yang menerima pelalian terhadap Streptococcus pneumoniae. Pelalian terhadap H1N1 patut diberi kepada pengamal kesihatan, penghuni ‘nursing homes’ , pesakit asma dan mereka yang mengandung.

  • Lain-lain
    1. Severe acute respiratory syndrome (SARS)
    2. Pneumonia akibat bahan kimia
    3. Pneumonia apabila tersedak ( Aspiration pnuemonia)
    4. ‘Interstitial’ pneumonia