5 Perkara Yang Anda Tidak Harus Buat Untuk Kembali Lena Segera

Lebih kurang pada pukul 10 malam, anda mula merasa mengantuk dan anda pun masuk tidur – terlena dengan enaknya pada malam itu.

Beralih ke pukul 3 pagi, keadaan agak berlainan sedikit – anda sudah mulai gelisah di tempat tidur anda, memandand siling rumah dan bangun dari katil.

Apakah yang patut dan tidak patut anda lakukan untuk kembali terlena seperti tadi?

Mula dengan menghindari tabiat ini dari menjadi rutin harian pada setiap waktu tengah malam anda.

1-bathroom-at-night

1. Pergi Ke Bilik Air

Jika anda benar-benar ingin pergi ke bilik air kerana ingin membuang hajat – tubuh anda dengan sendirinya akan mengejutkan anda.

Namun bergerak ke bilik air tanpa keperluan yang sepatutnya boleh menghalang tubuh anda dari kembali lena seperti sediakala.

2-checking-phone-night_1

2. Memeriksa Telefon Bimbit

Segala jenis peralatan yang mengeluarkan cahaya biru boleh memberhentikan melatonin di dalam minda anda.

Oleh kerana melatonin adalah hormon tidur, ia adalah sukar untuk anda kembali terlena jika ianya tidak dapat mengalir dengan baik.

3-stressed-at-night

3. Memberi Tekanan Pada Diri

Apabila anda sudah memeriksa emel pada komputer riba dan telefon bimbit anda – anda pun akan mulai berasa tertekan dengan tiba-tiba.

Minda anda dengan sendirinya bergerak dan berfungsi – namun anda tidak perlu risau kerana bangkit malam itu adalah kebiasaan orang sejak dahulu lagi.

4-trouble-sleeping

4. Duduk Di Katil Walau Tak Tidur

Ini adalah masanya untuk anda memandang katil anda dengan wajah baru – ianya hanya diperbuat untuk digunakan ketika tidur.

Jika anda tidak mampu juga untuk lena dalam masa 15 minit – beralih ke bilik lain dan lakukan sebarang aktiviti dengan tenang dan senyap.

6-eating-at-night

5. Mengambil Makanan

Ia bukanlah idea yang baik untuk anda mengambil sebarang jenis makanan pada tengah malam kerana ia adalah salah di sisi diet sihat.

Apabila anda makan pada waktu yang pelik seperti tengah malam – ia seperti memberitahu perut anda bahawa hari sudah pagi.