Selalu Berhubungan Seks Menjadikan Anda Lebih Menarik

kerap berhubungan seks lebih menarik

Seks? Tentunya akan ada banyak kelebihan kepada sesiapa yang melakukannya. Selain mood anda akan bertukar ceria – anda juga boleh membakar kalori, berpotensi untuk hidup lebih lama dan menghilangkan tekanan yang anda alami.

Advertisement

Apa akan jadi pula jika kerap berhubungan seks? Sekarang ia akan menjadi salah satu daripada bonus yang lebih besar untuk lelaki.

couple-in-bed-820x500

Mereka yang kerap menghabiskan masa di dalam kelambu dikatakan mempunyai rupa yang lebih menarik pada pandangan pasangan mereka berbanding mereka yang sangat jarang melakukannya bersama pasangan mereka.

Dalam sebuah kajian yang dijalankan oleh pakar perhubungan – 2 ujian dijalankan ke atas mereka yang baru berkahwin. Yang pertama termasuk bancian yang mana mereka harus menilai tahap kepuasan dalam perhubungan mereka dengan menilai kualiti perkahwinan mereka.

Ujian kedua pula memerlukan mereka untuk membuat bancian yang diselesaikan menggunakan komputer – menekan kekunci untuk memastikan perkataan tersebut positif atau negatif.

couple-in-bed-today-tease-160226_4c551ffe769146d9579782338d852060

Akhir sekali mereka akan disuruh untuk mencatit berapa kerap mereka melakukan hubungan seks dengan pasangan anda dalam tempoh empat bulan ini.

Melalui jawapan yang diberikan oleh mereka yang menyertai bancian ini dan betapa pantas cara mereka memberikan respon terhadap soalan menunjukkan mereka yang kerap berhubungan seks memandang pasangannya dengan lebih positif.

Passionate Young Couple Embracing

Pasangan yang kerap berhubungan seks bukan hanya lebih gembira dalam perhubungan mereka.

Walaupun begitu, kekerapan berhubungan intim pada permulaan sesebuah perhubungan boleh menambah keserasian dan tarikan antara anda dan isteri anda – fikirkanlah.

Advertisement