5 Tips Panas Untuk Mendapatkan Seks Yang Lebih Hebat Dengan Pasangan


- 4 Oct 16
View 6,463 : Today 1

Setelah beberapa tahun bersama di dalam sebuah perkahwinan – kadangkala kita akan disibukkan dengan tugas harian seperti mendidik anak-anak dan kerja di pejabat.

Advertisement

Semakin lama anda berdua akan merasakan bahawa perhubungan seks pun semakin hambar dan kekurangan keterujaan antara anda berdua.

Gunakan lima cara berikut untuk mendapatkan kembali kehebatan seks bersama pasangan anda.

Running through a city

1. Ciptakan Kembali Malam Temujanji

Tidak kira samada anda telah pun bersama hampr sedekad yang lepas – ia adalah sangat mudah untuk kembali kepada asal.

Kembalikan saat romantis ketika anda mula bersama dahulu – luangkan sekurang-kurang sekali dalam seminggu itu luar dari rumah anda.

date-night-tips

2. Lupakan Teknologi

Lupakan seketika barangan teknologi anda – ketika anda dan pasangan anda pulang ke rumah luangkan 30 minit tanpa teknologi.

Ambil masa untuk melakukan aktiviti yang mesra bersama-sama ataupun luangkan masa berbual dengan pasangan anda.

date-night-nov11-istock

3. Fokus Pada Yang Baik

Jika apa yang anda dapat lihat di dalam diri pasangan anda adalah negatif – kebanyakan pakar bersetuju jika diandaikan hubungan anda sedang berantakan.

Cuba untuk mencari semula sudut-sudut positif yang menarik di dalam pasangan anda itu yang membuatkan anda tertarik dengannya.

restaurant, couple and holiday concept - smiling couple eating m

4. Tunjukkan Penghargaan Anda

Kebanyakan ketidakpuasan hati yang wujud di dalam setiap perhubungan adalah apabila seseorang itu merasakan diri mereka tidak dihargai.

Sekali seminggu, bantulah si dia menguruskan kerja-kerja rumah yang selalu hanya dilakukan oleh pasangan anda. Percayalah ia boleh memperbaiki hubungan anda.

04-couple-in-bed-main

5. Jadikan Ia Hangat

Dedikasikan sekurang-kurangnya satu jam untuk anda melakukan hubungan seks bersama – dan bersedia untuk melakukan sesuatu yang baru setiap kali.

Lakukan apa sahaja semampu anda yang boleh membawa anda berdua lari dari dunia nyata untuk seketika dan fikirkan hanya tentang tubuh anda dan pasangan.

Advertisement