5 Jenis Makanan Untuk Mendapatkan Ereksi Yang Lebih Mantap

dapatkan ereksi yang baik dengan makan ini

Kehidupan seks kita adalah sesuatu yang kita mahu perbaiki dari semasa ke semasa – tidak perlu malu untuk menghadapi kenyataan dan mengakuinya.

Advertisement

Dalam kebanyakan kes lelaki, kemungkinan untuk ereksi anda mengendur sebelum waktunya amat membimbangkan – namun begitu ada berita baik untuk memperbaiki masalah itu.

Berikut adalah beberapa contoh diet yang patut anda ambil untuk kekalkan kemantapan ereksi anda.

pacific_oysters

1. Tiram

Mereka ada reputasi yang seksi berkenaan ini dan dengan bersebab – ia kaya dengan zink dan vitamin B6 yang penting untuk testosteron.

Jika anda tidak berminat mengambil tiram maka anda boleh menggantikannya dengan pengambilan kekacang dan bijirin.

chillies-1200x800

2. Cili

Hidup anda akan lebih bersemarak selepas mengambil makanan pedas – ini kerana salur darah anda mengembang selepas mengambil makanan pedas.

Untuk mengalirkan darah ke zakar anda dengan lancar anda memerlukan hati yang kuat dan salur darah yang benar-benar sihat.

the-amazing-benefits-of-bananas-1

3. Pisang

Lelaki yang mengalami ereksi selalunya mempunyai hati yang sihat – jadi ambillah pisang untuk nutrisi potasium secukupnya yang baik untuk jantung dan pengaliran darah.

Ia juga boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mengalami masalah jantung dan mengawal tekanan darah anda.

151119_sci_salmon-gmo-jpg-crop-promo-xlarge2

4. Salmon

Asid lemak omega-3 yang terkandung di dalam ikan salmon menjadikan darah andda tidak melekit yakni melancarkan aliran darah ke bahagian sepatutnya.

Pengambilan ikan tuna, salmon dan mackerel boleh membantu mengekalkan kelancaran saluran darah anda untuk kekalkan ereksi.

washington_usa_rainier_cherries

5. Ceri

Cukup kaya dengan anthocyanin, bahan kimia yang melindungi dinding arteri anda dan menghalang pengumpulan plak lemak yang akan membuatkan arteri anda tersumbat.

Bahan-bahan lain seperti beri juga mampu untuk mencegah dinding arteri anda dari mengeras dan melindungi ia dari tersumbat.

Advertisement