5 Kunci Untuk Kebahagiaan Rumahtangga Yang Berkekalan

Jika anda menamatkan zaman bujang anda pada tahun ini – anda adalah antara mereka yang bernasib baik.

Walaupun kesan bulan madu boleh bertahan sehingga berbulan lamanya – setiap pasangan perlu sentiasa menyelenggara perkahwinan mereka pada setiap masa.

Dengan ini tidaklah masalah kecil yang terjadi kepada anda berdua akan mengakibatkan masalah yang lebih besar nanti.

Jom kita ikuti beberapa petua untuk menggalakkan kebahagiaan rumahtangga yang kekal.

shutterstock_couple-talking-in-bedroom-64718887

1. Berbincang Mengenai Tempat Tinggal

Wanita selalunya lebih mengambil kira nilai aestetik sesebuah rumah daripada memilih sesetengah kawasan yang agak spesifik bagi mereka.

Anda pula harus cuba bertolak ansur sambil mencari cara untuk anda menyatakan pendirian anda sebagai individu di dalam konteks ini.

Young couple calculating their domestic bills at home

2. Menangani Bebanan Hutang

Hutang boleh menjadi suatu beban yang berpanjangan – terutamanya jika anda berdua sama-sama mempunyai beban hutang secara individu.

Bermula dengan membayar hutang yang paling kecil dahulu – kemudian apabila anda punya lebihan duit nanti bayar pula hutang yang lebih besar.

sex-love-life-2012-12-parents-couple-main

3. Menghormati Orang Tuanya

Kajian mendapati lelaki yang rapat dengan keluarga mertuanya adalah kurang kebarangkaliannya untuk bercerai selepas 16 tahun.

Cari bakat mertua anda yang mana anda boleh berkongsi pandangan dengan mereka – jika mereka rasa anda rapat dengan mereka, besar kemungkinan mereka tidak akan mengganggu anda berdua.

love_wallpapers-5

4. Hangatkan Hubungan Seks

Libido si dia mungkin sedang merajuk namun itu bukanlah masalah besar kerana ia mungkin disebabkan oleh pengagihan kerja yang tidak sekata.

Anggap anda berdua adalah orang yang tidak dikenali – berada di restoran atau bar dan goda si dia seperti saat mula bertemu untuk timbulkan semula aura misteri tersebut.

Couple on a beach

5. Tinggalkan Rutin Anda

Mungkin sudah tiba masanya untuk anda membuang rutin lama dan mulakan dengan rutin baru untuk menimbulkan rasa curiga pada pasangan.

Mungkin anda boleh memilih untuk mengejutkan pasangan anda dengan mengambil pakej percutian untuk anda berdua.