5 Cara Untuk Berbau Wangi Tanpa Mengenakan Wangian

mewangi tanpa wangian

Semburan wangian yang dikenakan pada tubuh anda boleh dibezakan samada  ia menyamankan ataupun melemaskan rakan sekerja anda.

Advertisement

Anda mungkin ingin juga mencari cara untuk terus berbau wangi walaupun tanpa mengenakan wangian yang selalunya berharga ratusan ringgit.

Berikut adalah beberapa pilihan lain untuk anda cuba bagi kekal berbau wangi sepanjang masa.

v76_0

1. Krim Rambut

Alat dandanan ini membawa pelbagai fungsi yang berbeza – a boleh melebatkan rambut anda, bertindak sebagai perapi dan pelembap rambut dan memberikan wangian ringkas.

Apabila isteri anda memeluk anda, mereka mendapat bauan yang cukup maskulin yang lahir dari produk tersebut tanpa melemaskannya.

acqua

2. Deodoran

Sudah semestinya deodoran boleh menjadikan anda berbau lebih segar – namun ini memberikan lebih daripada itu.

Bauan sitrus yang terkandung di dalamnya adalah bebas dari alkohol dan sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

oribe_1

3. Semburan Rambut

Kebanyakan produk seperti ini datang dengan ramuan semulajadi – gandingan bersih tembikai dan juga halia terkandung di dalamnya.

Semburkan bahan ini pada tekstur helaian rambut anda atau gunakan ia selepas bersenam untuk menghilangkan rambut berminyak.

loccitane_1

4. Krim Selepas Bercukur

Bahan dandanan merupakan salah satu yang berada di dalam senarai teratas kami – mungkin anda ingin tahu mengapa kami memilihnya?

Bauan sitrus yang terkandung di dalamnya adalah ringan namun tahan lama – ia membantu menghilangkan keradangan kulit selepas bercukur.

lafco_2

5. Losyen Badan

Anda sudah tentu tidak memerlukan sebarang wangian yang kuat dengan adanya losyen badan seperti ini – alternatif terbaik kepada wangian.

Bauan dari silantro dan limau mandarin boleh melindungi dari anda dengan losyen yang tidak melekit dan berbau segar setiap masa.

Advertisement