4 Perkara Mengejutkan Yang Boleh Menyebabkan Penyakit Alzheimer


- 10 Oct 16
View 937 : Today 1

Kebanyakan daripada sikap pelupa yang dimiliki oleh sesetengah orang – seperti lupa di mana mereka meletakkan kereta selepas pergi membeli belah adalah normal.

Advertisement

Ia mudah berlaku terutamanya jika anda adalah seorang yang sangat sibuk dan terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran anda.

Kajian hampir sedekad mendapati pengumpulan protein toksik yang dikenali sebagai beta-amiloid boleh menyebabkan penyakit Alzheimer.

Ada juga penyebab penyakit tersebut yang bukan bersifat genetik ataupun lebih kepada gaya hidup yang tidak sihat.

alzheimers-s1

1. Anda Sering Mengambil Ubat Anti-Cemas

Ubat-ubatan dalam kelompok benzodiazepines yang termasuk dari jenis ubat-ubatan popular seperti lorazepam (Ativan) adalah digunakan secara kerap untuk menghilangkan perasaan cemas.

Ubatan-ubatan tersebut dinilai kemujarabannya dalam tempoh penggunaan singkat namun ramai yang menggunakannya untuk penggunaan jangka panjang.

alzheimers-s2

2. Terlalu Banyak Pukulan Mengenai Kepala Anda

Kebanyakan konkusi yang diakibatkan oleh hentakan pada kepala ketika acara suka juga dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan yang serius pada kepala.

Kebanyakan mereka boleh sembuh seperti biasa namun ada juga antara mereka yang mengalami keradangan hingga ke tahap yang kronik.

alzheimers-s3

3. Anda Sering Kurang Tidur

Kurang tidur boleh mengubah pembelajaran dan memori sepertimana bagaimana neuron tu boleh berkomunikasi sesama sendiri.

Kekurangan tidur adalah salah satu tekanan kronik pada badan anda – ia adalah masa untuk minda anda membuang perkara buruk dari tubuh anda.

alzheimers-s4

4. Anda Kesunyian

Kajian mendapati perasaan sunyi yang terdapat di dalam seseorang itu boleh memberikan mereka kemungkinan untuk mendapat dementia.

Saintis masih belum mengenalpasti kaitan perkara ini namun implikasinya adalah sangat jelas – berhubung adalah baik untuk kamu.

Advertisement