Adakah Anda Patut Berterus-Terang Dengan Pasangan Tentang Kecurangan Anda

Anda telah terlanjur dan melakukan kesilapan – adakah anda patut berterus-terang ataupun mendiamkan diri dengan pasangan anda?

Untuk kebanyakan pasangan di luar sana, berterus-terang boleh membantu mereka untuk sembuh dalam suasana yang lebih tenang dan terbuka.

Di sini kita akan lihat keadaan di mana anda harus berterus-terang ataupun lebih baik berdiam diri mengenainya.

sb10068691f-001

1. Bilakah Waktu Untuk Anda Berterus-Terang

Pada suatu ketika, ia merupakan suatu kelemahan setiap lelaki. Namun hubungan sulit untuk jangka masa panjang, terutamanya jika anda punya perasaan pada orang lain – si dia patut diberitahu.

Cuba tanya anda tiga soalan ini – adakah anda memikirkan tentang orang itu setiap masa? Adakah anda selalu curi-curi keluar dengan dia? Adakah anda ingin meninggalkan pasangan untuk dia?

Jika jawapan anda ya untuk kesemuanya – maka berterus terang adalah pilihan yang terbaik.

o-infidelity-facebook-1

2. Bilakah Waktu Utuk Menyembunyikannya

Adakah yang berlaku itu suatu kesilapan? Adakah anda menggunakan perlindungan ketika berhubungan intim? Adakah anda menyesal tidak sudah dengan perbuatan anda? Adakah anda mampu mengawal tindakan anda selepas ini?

Jika jawapan anda ya untuk kesemua ini maka adalah lebih baik untuk anda mendiamkan diri dan tidak ulangi lagi perkara tersebut.

Kenalpasti sebab yang menyebabkan anda mula untuk curang kerana ia boleh menjadi proses yang berulang.

o-valentines-day-cheating-infidelity-facebook

3. Bagaimana Cara Untuk Memberitahu Pasangan Anda

Jika anda bercadang untuk berterus-terang, maka cuba beritahu pasangan anda dengan cara yang tidak menyakitkan lagi hati si dia.

Apa yang penting adalah anda memberi perhatian kepada kesilapan anda – bukannya kesilapan pasangan anda.

Bersedia juga untuk memberitahu pasangan anda lebih informasi mengenai kecurangan anda jika diminta lebih dari yang anda selesa untuk kongsikan bersama pasangan anda.

Namun begitu ia masih memerlukan masa yang panjang untuk pulih dari trauma perbuatan curang anda – kadangkala ia mengambil masa sehingga 2 tahun.