Adakah Anda Telah Beronani Dengan Terlalu Kerap

Adakah anda jenis lelaki yang beronani dua kali seminggu atau dua kali sehari – anda harus berhati-hati dengan aktiviti anda yang tidak sihat itu.

Anda akan mulai berfikir adakah anda telah melakukannya dengan agak kerap – berita baiknya adalah tidak ada nombor apabila mengukur rutin onani yang sihat.

Anda boleh melihat sendiri jika aktiviti anda itu sedikit sebanyak menjejaskan hidup anda bila:

landscape-1445724899-g-orgasm-headache-200487537-002

1. Anda Mencederakan Diri

Sesetengah lelaki beronani sehingga mencederakan diri sendiri tanpa diketahui oleh mereka – ini termasuk keadaan kulit zakar yang melecet dan sebagainya.

Ia mungkin diakibatkan oleh anda menggosoknya dengan terlalu kasar oleh itu jika anda mencederakan diri anda maka tabiat itu harus dikurangkan.

landscape-1445723050-g-retarded-ejaculation-105781758

2. Membahayakan Kerjaya Anda

Adakah lebih suka berseorangan dari bersosial ataupun sering terlewat ke temujanji kerana sibuk menghabiskan masa di dalam tandas?

Jika anda mendapati tabiat anda ini mengakibatkan anda terpisah dari rakan dan membahayakan kerjaya anda, mungkin ini adalah masa untuk berhenti.

how-long-it-takes-men-to-reach-orgasm-8iv

3. Anda Sukar Untuk Klimaks

Kebanyakan lelaki yang beronani dengan pelbagai teknik stimulasi – tidak dapat mengulangi keseronokan yang sama ketika berhubungan dengan pasangan.

Beronani mengajar minda anda untuk memberikan respon hanya terhadap aksi solo anda dan ia memberi masalah apabila melakukan dengan pasangan.

men-and-women-react-differently-post-orgasm

4. Cuba Untuk Berhenti Tapi Gagal

Salah satu daripada kriteria utama yang menunjukkan anda mencapai tahap ketagihan untuk beronani adalah – kehilangan upaya untuk berhenti.

Anda boleh mengubah rutin anda dengan melakukan sesuatu yang lebih sihat – seperti melaksanakan hobi yang menarik untuk menyibukkan diri anda.