Bina Otot Dada Anda Hanya Dengan Melakukan Tiga Bentuk Senaman

Anda mahu membawa senamaan tekan tubi anda ke peringkat yang lebih menarik? Anda boleh memberi peluang kepada diri anda untuk mencuba tekan tubi progresif – kombinasi senaman yang menyasarkan kumpulan otot yang sama dengan gerakan berbeza.

Setiap tekan tubi progresif ini boleh memberikan kekuatan kepada otot dada anda dalam beberapa cara yang berlainan.

Anda harus melawan kelesuan dan disebabkan anda mengubah cabaran tersebut dengan setiap gerakan yang berlainan maka anda boleh meneruskannya tanpa sebarang masalah.

Ini boleh membantu anda untuk memasukkan kesemua usaha membina otot dalam suatu jangkamasa yang singkat.

Anda boleh menonton video di bawah untuk cara bagaimana untuk mengaplikasikan tekan tubi progresif dilakukan.

Anda mungkin tidak mampu untuk menghabiskan kesemua gerakan berikut dalam masa yang singkat untuk kali pertama kali namun setelah beberapa kali senaman, anda akan mengetahui perubahan dalam saiz fizikal dan kekuatan anda.