Senaman Yang Boleh Mengenai Dada, Trisep Dan Asas Dalam Masa 10 Minit Sahaja

Ada sesetengah hari dimana anda ingin mengambil bahagian di dalam senaman yang lebih sukar tanpa perlu risau akan faktor seperti set, ulangan dan waktu rehat. Anda hanya ingin membuat semuanya sekali tanpa menghiraukan peraturan.

Cuba senaman bahagian atas badan dengan kettlebell kerana ia lebih berterus terang dan anda mampu untuk melakukannya walau di mana anda berada.

Ia adalah alternatif antara senaman tekan tubi kettlebell dan pembawaan kettlebell untuk memberikan lebih impak kepada tubuh anda sepanjang proses tersebut.

Melakukan tekan tubi kettlebell secara berterusan boleh menguatkan otot dada dan trisep anda – manakala pembawaan kettlebell pula boleh memberikan kestabilan kepada asas tubuh anda.

Anda boleh mengira kadar anda sambil mengira kadar ulangan, bermaksud ia adalah set yang mampu anda lakukan secara berulang kali untuk mengatasi skor anda yang terdahulu.

Bagaimana Melakukannya

Anda boleh set masa anda untuk melakukannya sehingga 10, 20 atau 30 minit berganting kepada tahap kecergasan dan kemampuan.

Lakukan tekan tubi kettlebell sebanyak yang anda mampu dalam keadaan yang sempurna – apabila anda sudah tidak larat lompat ke hadapan dan ambil kettlebell tersebut dan bawa mereka berjalan hingga 50 ela.

Lakukan sebanyak mana yang anda mampu lakukan dalam masa yang telah anda tentukan.