30 Minit Senaman Di Luar Rumah Yang Benar-Benar Sempurna Untuk Anda

Medley tekan, lari dan lompat ini adalah salah satu dari rutin minimalis yang sangat digemari kaum lelaki masakini, kerana ia menggabungkan kekuatan,kardio dan pergerakan di dalam 30 minit senaman.

Tekan tubi plyo ini membenarkan bahagian atas badan anda untuk bekerja dan mencipta kestabilan asas – Lompatan pula berguna untuk bahagian bawah badan anda dan memperbaiki pergerakan pinggul. Larian pula boleh membantu membakar kalori.

Ia juga boleh menjadi salah satu senaman yang sesuai untuk dijalankan ketika hari yang cerah sewaktu anda di luar rumah.

Oleh itu pastikan anda keluar daripada gimnasium sekali untuk menggabungkan latihan perancangan anda dan alam sekitar untuk keputusan yang lebih berkesan.

 

Bagaimana Melakukannya

  1. Lakukan sebanyak mana tekan tubi plyo yang anda mampu (jika tekan tubi plyo terlalu sukar cuba gantikan dengan tekan tubi biasa)
  2. Berlari sehingga mencapai 50 ela (cuba untuk mencapai sasaran hingga 70 atau 80 peratus larian keseluruhan anda)
  3. Lompat semula 50 ela.

Ini semua dikira sebagai satu pusingan. Ulangi semula kesemuanya hingga mencapai 30 minit senaman.