5 Kesalahan Yang Kebiasaan Kita Lakukan Ketika Di Gimnasium

Jika anda bercadang untuk menjadi cergas dengan mendaftar di gimnasium yang berdekatan – sekarang anda tentu faham di mana kerja keras telah pun bermula.

Beberapa langkah permulaan ke arah itu boleh menjadi sesuatu yang agak berat untuk anda – jangan mudaratkan keadaan dengan melakukan kesalahan.

Ada 5 kesalahan yang harus dijauhi jika anda mahu mendapatkan hasil yang berkesan.

powerliftworkout__large

1. Terlalu Banyak Terlalu Cepat

Lupakan jangkaan anda yang tidak realistik – anda tidak akan memiliki badan yang sasa berotot hanya dengan seminggu di gimnasium.

Kebanyakan dari anda mempunyai jangkaan yang tinggi untuk mendapatkan sesuatu dengan segera sehingga menyebabkan kecederaan akibat terlebih senaman.

stretch

2. Pemanasan Badan Yang Tiada Guna

Mengayuh basikal yang statik untuk 10 minit mungkin boleh membuatkan tubuh anda untuk mengeluarkan peluh namun apabila anda hendak memulakan senaman, dada anda masih sejuk.

Pemanasan yang anda lakukan haruslah sepadan dengan latihan yang ingin anda lakukan untuk membenarkan darah mengalir pada otot yang betul dan mengurangkan kecederaan.

man-stretching

3. Regangan Statik

Membongkok sambil menyentuh jari kaki anda sebelum memulakan larian adalah lebih daripada sesuatu yang membuang masa dan merbahaya.

Regangan statik menghalang otot anda untuk melakukan sesuatu pada tahap yang lebih baik – gantikan ia dengan lompatan dinamik untuk mendapatkan langkah yang lebih ringan.

man-weight-lifting

4. Mesin pemberat

Mesin pemberat membolehkan walaupun seorang yang baru bermula untuk mengangkat berat yang besar dan adalah permulaan yang baik untuk latihan ketahanan.

Berat bebas pula membolehkan anda untuk menggunakan pergerakan semulajadi , mengaktifkan lebih fiber otot dan mendapatkan lebih otot.

fitness-man-exercising-push-up1

5. Mencari Sesuatu Rutin

Ana mula berasa lebih yakin dengan senaman yang telah anda lakukan? Itu adalah suatu kesilapan yang kebiasaannya dilakukan anda.

Anda sepatutnya berpegang kepada sesuatu rutin untuk 6 minggu dan kemudian mengubahnya – tubuh anda dengan cepat boleh menyesuaikan diri dan untuk mendapatkan progres selalulah mengubahnya.